Skip to main content

Selebriti

"Saya Tidak Tahu Tahap Seriusnya Cuma.." - Siti Nordiana Luah Rasa Simpati Buat Syura Badron

Siti Nordiana Syura

Ringkasan AI

  • Siti Nordiana mendoakan kesembuhan Syura Badron yang kini dirawat di hospital akibat jangkitan kuman pada buah pinggang dan darah.
  • Nana mengetahui keadaan Syura melalui laporan berita dan belum pasti tahap keseriusan penyakitnya.
  • Pelancaran single terbaru Nana berjudul Ahai diadakan selepas hampir dua tahun dia menimbang untuk keluarkan lagu tersebut.
  • Lagu Ahai menggabungkan irama tradisional dan moden, dengan inspirasi dari gaya Pak Ngah dan suasana zaman dulu.
  • Nana percaya lagu irama Malaysia masih relevan dan diterima baik oleh pendengar tempatan masa kini.

Penyanyi, Siti Nordiana menitipkan doa buat rakan artis yang juga penyanyi popular, Syura Badron, yang kini sedang menerima rawatan di hospital akibat jangkitan kuman pada buah pinggang dan darah.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkata, dia hanya mengetahui keadaan sebenar Syura selepas membaca laporan berita mengenai perkara itu.

"Saya ada juga baca berita mengenai Syura. Saya doakan agar Syura sembuh,"katanya ketika ditemui Gempak

Nana berkongsi perkara tersebut ketika Majlis Pelancaran single terbaharunya berjudul Ahai di Bukit Bintang pada Jumaat.

Bagaimanapun, pelantun lagu Memori Berkasih itu berkata dia masih belum mengetahui sejauh mana tahap kesihatan Syura ketika ini.

"Saya tak baca artikel itu dan tidak tahu tahap seriusnya cuma saya doakan agar dia diberi kesembuhan,"ujarnya.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 41 tahun itu meluahkan rasa teruja dengan pelancaran single terbaharunya Ahai, selepas hampir dua tahun menimbangkan keputusan untuk mengeluarkan lagu berkenaan.

"Saya dah lama nak keluarkan lagu irama Malaysia. Ramai peminat rindukan lagu baru. Hampir setahun dua juga saya fikir untuk buat atau tidak. 

"Saya memang nak lagu itu seperti lagu zaman kita membesar dan style Pak Ngah sebab saya rindu akan suasana itu. Saya nak kembalikan zaman itu. Lagu Ahai ini dalam versi tradisional dan moden," jelasnya.

Nana turut berpendapat bahawa lagu berunsur Irama Malaysia masih relevan dan mempunyai tempat di hati pendengar tempatan.

"Lagu irama Malaysia masih relevan dan saya rasa peminat Malaysia dah khatam dan terbuka untuk menerima lagu yang kita berikan sebab sekarang banyak genre yang kita tak sangka boleh popular. Kena kembalikan lagu seperti ini sebab kita jiwa melayu," tambahnya.

Terdahulu, suami kepada Syura, Muhammad Farizat Ismail, memaklumkan bahawa isterinya sedang dirawat di Unit Rawatan Ketergantungan Tinggi (HDU) di sebuah hospital akibat komplikasi kesihatan.

Bagaimanapun, Syura kini dilaporkan telah dipindahkan ke wad biasa dan sedang menjalani proses pemulihan.

Must-Watch Video

Advertisement