Skip to main content

Selebriti

"Saya Tidak Akan Sesekali Menulis Di Semua Platform Bagi Semua Orang Tahu" - Haqiem Stopa

haqiem stopa medsos

Sekilas

  • Haqiem Stopa menegaskan dia tidak akan berkongsi hal peribadi di media sosial dan lebih suka menyelesaikan masalah secara peribadi.
  • Dia juga menolak untuk menggunakan isu peribadi bagi meraih simpati atau publisiti murahan dalam perniagaannya.
  • Haqiem sah bercerai dengan Aireena pada Januari lalu dan mereka mempunyai seorang anak berusia empat bulan.

Pempengaruh dan personaliti media sosial, Haqiem Stopa menegaskan bahawa dia sama sekali tidak akan berkongsi hal peribadinya di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Haqiem berkata dia lebih selesa menyelesaikan segala urusan secara sendiri tanpa perlu membuka cerita kepada orang ramai.

"Saya tak mahu menulis tentang hal-hal berkaitan peribadi atau sewaktu dengannya. Jika saya ada masalah peribadi, saya akan uruskan secara peribadi. Saya tidak akan sesekali menulis di semua platform bagi semua orang tahu," tulisnya.

Dalam masa sama, Haqiem turut menegaskan bahawa dia tidak mahu menaikkan perniagaannya dengan meraih simpati atau publisiti murahan.

"Saya juga tidak perlu menulis apa-apa kapsyen atau conten yang boleh mendatangkan fitnah atau seangkatannya demi publisiti dan simpati orang.

"Saya nak berniaga ikhlas dan guna marketing dengan cara yang betul untuk menaikkan bisnes. Saya tak nak sentuh apa-apa isu," ujarnya.

Sekadar info, Haqiem sah bercerai talak satu dengan Aireena pada 13 Januari lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Hud Talhah yang kini berusia empat bulan.

Sebelumnya, Aireena memfailkan perceraian pada November tahun lalu kerana mendakwa Haqiem berlaku curang dan menjalinkan hubungan dengan wanita lain ketika dia dalam pantang.

Must-Watch Video

Advertisement