Skip to main content

Viral

"Saya Ingatkan BE Ini Cuma..." – Ibu Kongsi Naik Flight Guna Khidmat Butterfly Effect Untuk Anak Autisme

"Saya Ingatkan BE Ini Cuma..." – Ibu Kongsi Naik Flight Guna Khidmat Butterfly Effect Untuk Anak Autisme

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak autisme, perjalanan menaiki kapal terbang mungkin menjadi pengalaman yang penuh debaran.

Namun, seorang pengguna media sosial baru-baru ini berkongsi pengalamannya ketika membawa anak autisme menaiki kapal terbang menggunakan perkhidmatan Butterfly Effect (BE) yang ditawarkan oleh Malaysia Airports.

Advertisement

“Sehari sebelum saya pergi Jakarta, saya ada buat permohonan BE dekat website Malaysia Airports untuk anak autism. Mula-mula saya ingatkan BE ini cuma sekadar lanyard untuk bagitahu pada orang anak saya memerlukan keperluan khas jika dia meltdown. Rupanya dapat lebih dari itu," katanya.

Menurut perkongsian itu, sebaik tiba di lapangan terbang, seorang staf berbaju oren tampil menguruskan urusan keluarga tersebut dari awal hingga ke pintu pelepasan.

“Masa sampai tu, saya terus pergi kaunter BE untuk ambil kit BE. Kami dihampiri oleh staff berbaju oren bernama Shafika. Dia yang bantu kami sekeluarga dari print tiket hingga ke tempat boarding.

Antara kemudahan yang diterima termasuk check-in bagasi terus untuk semua ahli keluarga, akses imigresen tanpa beratur panjang, buggy ride, serta bantuan staf yang memimpin anak autism sepanjang proses.

"Kami pergi makan dulu sebab flight lambat lagi jadi lepas habis, kami semua terus masuk ke departure hall, tak perlu nak lalu pagar yang berbelit itu. Terus pergi ke kaunter imegresen, tak perlu timbang bag pun. Selepas habis imegresen ada buggy tunggu. Kami semua naik sampai dekat escalator untuk turun ke security check.

"Bila selesai sahaja kami berjalan ke pintu gate, staff BE tu tolong pimpin anak i sebab kami tak cukup tangan. Behave je dia dengan akak tu. Bila dh sampai gate kami semua masuk tanpa perlu beratur seperti orang lain," kongsinya.

Untuk makluman, Butterfly Effect ditawarkan secara percuma dan terbuka kepada mereka yang mempunyai hidden disability seperti Autisme, ADHD atau GDD, tanpa had umur. Pra-pendaftaran perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum penerbangan dan pengguna diminta menunjukkan kad OKU atau surat doktor ketika mendaftar.

Bukan itu sahaja, pengguna tersebut turut berkongsi bahawa sekiranya mahu menggunakan bilik khas Calm Room, perkara itu perlu dinyatakan ketika proses pendaftaran.

"Calm Room je tak sempat guna sebab saya cakap tak nak guna. if nak guna, masa register kena state nak pakai calm room.

"Boleh pre-register butterfly effect dekat sini atleast 3 days sebelum terbang tapi macam saya hari itu aja cuba buat sehari sebelum fly sebab baru teringat.

“Ia percuma sahaja, kalau datang lagi kita cuma perlu daftar and bawa lanyard yang kita dah pernah dapat," ujarnya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement