Skip to main content

Selebriti

"Saya Gembira Jadi Ibu Tunggal Macam Sekarang" - Ananda Natasha

tasha

Sekilas

  • Ananda Natasha, bekas isteri Andika Putera, meluahkan rasa terkilan apabila status kelahirannya menjadi bahan perbandingan orang ramai.
  • Dia menegaskan bahawa orang luar tidak memahami apa yang dilaluinya dan menerima ketentuan hidup sebagai ibu tunggal dengan hati terbuka.
  • Netizen memberikan sokongan moral dan menasihatinya supaya tidak mengendahkan kritikan serta terus kuat menjalani kehidupan.

Bekas isteri kepada personaliti media sosial, Andika Putera iaitu Ananda Natasha meluahkan rasa terkilan selepas status kelahirannya menjadi bualan mulut sesetengah pihak.

Ananda Natasha atau lebih dikenali sebagai Tasha berkata dia melihat ada sesetengah pihak yang sering membuat perbandingan sedangkan mereka tidak mengetahui apa yang dilaluinya dan dirasainya selama ini.

"Salah ke saya dilahirkan di negara seberang. Saya perhati sahaja orang yang membandingkan itu. Korang tak duduk tempat saya," tulisnya.

Tasha bagaimanapun akur dengan segala ketentuan tuhan buat dirinya, malah dia amat gembira dengan kehidupannya sekarang meskipun bergelar ibu tunggal.

"Yang penting jodoh, ajal maut semua di tangan tuhan. Saya gembira jadi ibu tunggal macam sekarang," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan semangat buat Tasha dan menasihatinya untuk mengendahkan segala kritikan dan kecaman.

"Tak perlu layan. Buat kerja sahaja. jom cari kerja banyak-banyak.

"Pandangan Allah lebih penting Tasha. Sayang awak. Terus kuat ya.

"Ketap bibir jalan terus," komen netizen.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

YAN@YAN Sulam Floral Baju Kurung with Pario Skirt

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Kurta A Bulan Bintang 2026 (NEW) Regular Fit 2

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement