Skip to main content

Selebriti

"Saya Dah Terlambat Ke Tok Abah" - Komen Dr Afifah Undang Rasa Sebak Netizen

Dr afifah nubhan

Ringkasan AI

No AI summary found.

Isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah sekali lagi menarik perhatian warganet apabila meninggalkan komen di ruangan kapsyen pada sebuah hantaran milik pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Menerusi perkongsian di Threads, Dr Fadzilah menasihati orang ramai supaya tidak mengamalkan sikap sindir-menyindir dalam rumah tangga kerana ia boleh merosakkan hubungan.

"Sindir-menyindir seseorang cuma menyemarakkan lagi api dalam perhubungan, Seeloknya, duduk semeja, bincang dan selesaikan," tulis Fadzilah.

Namun, hantaran itu menarik perhatian Dr Afifah atau iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek yang dilihat meninggalkan komen pendek tetapi penuh makna.

"Tapi saya dah terlambat, terlambatkah Tok Abah", katanya.

Pertanyaan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata turut bersimpati dan menitipkan kata-kata positif buat Dr Afifah.

"Dr jom peluk.

"Bukan terlambat doctor, cuma Allah nak bagi awak kehidupan yang lebih baik.

"Move on fie. Awak kena perjuangkan hak awak.

"Allah bagi ujian buat orang yang dia saying. Peluk awak sis.

"Dr Fie tolonglah kuat," komen netizen.

Sekadar info, Nubhan telah memfailkan tuntutan hadanah atau hak penjagaan penuh serta interim terhadap tiga orang anaknya di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sebelum ini, Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Must-Watch Video

Advertisement