Skip to main content

Berita

Remaja Tikam Rakan Sekerja Selepas Diperdaya Minum Air Kencing

BUNUH

Seorang remaja lelaki Thailand menikam rakan sekerjanya warga Laos di sebuah pusat cuci kereta di Bang Na, Khamis lalu selepas dipercayai diperdaya meminum air kencing.

Dalam kejadian sekitar jam 8.40 pagi di Soi Bang Na-Trat 20, polis tiba di lokasi dan mendapati suspek berusia 16 tahun sudah ditahan pekerja serta saksi di tempat kejadian.

Advertisement

Mangsa berusia 25 tahun yang cedera di bahagian kiri badan berhampiran rusuk dibawa ke Hospital Bang Na 1 sebelum polis tiba.

Portal Thaiger melaporkan, remaja terbabit mendakwa berbuat sedemikian kerana mangsa sering membulinya.

Remaja itu memberitahu, pada hari kejadian, lelaki itu mencampurkan air kencing ke dalam air minuman sebelum memperdaya untuk meminumnya.

Berang selepas menyedari perkara sebenar, dia kemudian menikam mangsa.

Laporan Matichon memaklumkan luka tikaman itu tidak dalam serta tidak mengenai organ penting.

Mangsa juga masih sedar dan mampu berkomunikasi ketika dirawat.

Suspek kini ditahan di balai polis untuk siasatan lanjut, namun pihak berkuasa belum mendedahkan hukuman yang bakal dikenakan.

Memandangkan suspek masih di bawah umur, sebarang tindakan atau hukuman akan ditentukan mengikut pertimbangan pihak berkuasa berkaitan.

Sumber: Sinar Harian

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement