Skip to main content

Selebriti

"Rasa Nak Pecah Dada Baca Notes Awak" - Farah Fakhira Kongsi Luahan Arwah Suami Buat Netizen Sebak

Farah Fakhira Luahan Suami

Ringkasan AI

  • Farah Fakhira berkongsi luahan hati arwah suaminya di Instagram yang membuatkan ramai sebak.
  • Nota tersebut mengandungi ungkapan cinta dan janji setia arwah suami kepada Farah sebelum pemergiannya.
  • Perkongsian itu mendapat reaksi emosi daripada warganet di media sosial, terutama di Threads.
  • Farah turut berkongsi berita sedih tentang pemergian suaminya, Zaidul, yang meninggal dunia selepas bermain badminton.
  • Arwah Zaidul sempat menemani Farah ke klinik untuk pemeriksaan kandungan sebelum meninggal dunia.

Personaliti media sosial, Farah Fakhira sekali lagi menarik perhatian selepas berkongsi luahan hati arwah suaminya di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.

Farah meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat membaca nota berkenaan lebih awal sebelum suaminya pergi menghadap Ilahi.

"Kenapa saya tak pernah dapat luahan ini. Rasa nak pecah dada baca semua notes awak. Kenapa tak pernah hantar dekat saya," tulis Farah

Antara isi hati luahan tersebut ialah:

"Saya memang suka awak sejak dulu lagi sebelum awak kahwin. Tapi saya sedar siapa saya Ketika itu.

"Maaf saya rasa shaking bila nak tukis surat ini untuk sayang. Semua perasaan timbul mungkin sebab terlalu banyak perkara yang saya tak pernah sangka berlaku dalam hidup saya.

"Saya tak akan miss untuk angkat call awak sebab saya sendiri janji untuk jadi pendengar awak yang paling setia," tulis arwah suaminya.

Perkongsian tersebut meruntun hati ramai warganet di media sosial, khususnya di Threads. Rata-rata mengakui tidak mampu menahan air mata selepas membaca luahan berkenaan.

"Saya tak boleh berhenti menangis.

"Dah nangis baca kat Instagram Farah tapi nangis lagi bila baca kat Threads.

"Walaupun dah baca kali kedua, masih rasa sebak dan sedih.

"Kita baca pun rasa sesak dada.

"Sedihnya bila baca masa seseorang itu dah tiada," komen netizen.

Sebelum ini, Farah berkongsi khabar duka mengenai pemergian arwah Zaidul yang dilaporkan tidak sedarkan diri ketika bermain sukan badminton.

Lebih meruntun hati, Zaidul sempat menenami Farah ke klinik bagi melakukan pemeriksaan kandungan sebelum dia dijemput Ilahi.

Must-Watch Video

Advertisement