Skip to main content

Selebriti

"Rasa Macam Dah Tiada Harapan" - Tiz Zaqyah Trauma Akibat...

Tiz zaqyah sakit

Pelakon, Tiz Zaqyah berkongsi pengalamannya diserang penyakit gastrik dan keracunan makanan, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak berkata dia terpaksa menaiki kerusi roda setelah tidak dapat menahan rasa sakit dan dikejarkan ke bilik kecemasan sehingga perlu memasuki air atau drip dalam badannya.

Advertisement

"Pertama kali tumbang naik kerusi roda, masuk ke bilik kecemasan (ER) dan drip. 

"Alhamdulillah dah makin better tetapi apa yang saya boleh cakap gastrik dan keracunan makanan bukan boleh dibuat main," tulisnya.

Pengalaman itu nyata meninggalkan kesan mendalam buat aktres berusia 37 tahun berkenaan hingga membuatkannya hampir berputus asa.

"Rasa macam dah tiada harapan. Kaki dan tangan saya kejung. Sangat trauma. Nak minum air pun tak boleh, asyik muntah balik dan cirit birit," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar pelakon Nur Kasih itu diberi kesembuhan segera.

"Semoga cepat sembuh Tiz.

"Oh tidak. Semoga cepat sihat Tiz.

"Allah, semoga tetap kuat Tiz.

"Subhanallah, saya faham perasaan itu. Jaga diri Tiz.

"Ya, keracunan makanan dan gastrik memang sakit sangat ya Allah. Cepat sihat ya," komen netizen.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement