Skip to main content

Selebriti

“Rasa Lega, Takut, Penat…” - Sally Whoo Selamat Bersalin Baby Kembar, Dapat Sepasang Boy & Girl!

Sally who kembar

Pempengaruh media sosial, Sally Whoo menimang cahaya mata kembar.

Menerusi perkongsian di Threads, Sally atau nama penuhnya  Nur Salihah Aimuni selamat melahirkan seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan.

Advertisement

Sally turut meluahkan rasa syukur dan teruja atas kelahiran anaknya sehingga tidak dapat menahan air mata.

"Alhamdulillah. Aku tak tahu nak mula dari mana, air mata ni tak boleh berhenti mengalir. Rasa lega, penat, takut dan bersyukur. Terima kasih, ya allah. Dua kecil nyawa ini dah selamat dalam pelukan mommy daddy," tulisnya.

Sally turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang tidak berputus-putus mendoakan agar proses kelahirannya dipermudahkan.

"Terima kasih pada yang mendoakan saya. Saya sangat hargai," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan tahniah dan doa atas kelahiran anaknya selain turut teruja dengan detik yang jarang berlaku itu.

"Mashaallah. Ini momen yang paling bermakna sekali. Kiri kanan bau bayi. Hebat dapat sepasang. Alhamdulillah rezeki. Tahniah kamu berdua.

"Alhamdulillah. Selamat berpantang Sally.

"Alhamdulillah, tahniah sally dan suami.

"Tahniah Sally, selamat berpantang," komen netizen.

Terdahulu, Sally pernah mengumumkan bahawa dia dan suaminya bakal menimang sepasang cahaya mata kembar ketika majlis dedah jantina bayi yang dilakukan September lalu melalui perkongsian di akaun Tiktok miliknya. 

Sekadar rekod, Sally mendirikan rumah tangga bersama Toq dan hasil perkahwinan memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Ean Maleeq.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement