Ringkasan AI
- Filem aksi Banduan yang diadaptasi daripada filem box office India, Kaithi, meraih kutipan pembukaan RM3 juta di Malaysia dan Brunei.
- Filem ini berjaya menggabungkan elemen penceritaan Tamil dengan aksi yang disesuaikan mengikut citarasa tempatan.
- Penerbit Eksekutif Kalyana Devan menyatakan rasa terharu dengan sambutan positif daripada penonton pelbagai latar budaya dan bangsa.
- Banduan mengisahkan Dali, bekas banduan yang terlibat dalam misi menyelamatkan anggota polis yang diracun dan dijadikan tebusan.
- Filem arahan Kroll Azry ini kini ditayangkan di Malaysia, Brunei, Kanada, Amerika Syarikat, dan akan ke Singapura pada 13 November.
Filem aksi Banduan yang diadaptasi daripada filem box office India, Kaithi telah meraih kutipan pembukaan RM3 juta di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.
Kejayaan ini membuktikan bahawa versi bikin semula ini bukan sekadar diterima baik oleh penonton, malah berjaya memberikan penghormatan kepada karya asalnya yang menjadi fenomena di India pada tahun 2019.
Penerbit Eksekutif Filem Banduan, Kalyana Devan berkata dia amat terharu atas sambutan luar biasa dari penonton dan gembira kerana filem ini berjaya menyatukan penonton daripada pelbagai latar budaya dan bangsa.
"Penerimaan positif ini membuktikan bahawa filem remake tamil pertama ke versi Bahasa Melayu ini berjaya menggabungkan kekuatan penceritaan filem Tamil yang penuh emosi dengan aksi yang membawa cita rasa tempatan.
"Terima kasih kepada semua yang telah menonton di pawagam dan bagi yang belum menonton, kami menyeru untuk saksikan filem ini di pawagam berhampiran anda," katanya.
Banduan menyeru penonton menyelami detik penuh adrenalin menerusi kisah Dali, seorang bekas banduan yang baru dibebaskan selepas 10 tahun, dengan satu hasrat bertemu anak perempuannya buat pertama kali.
Namun, perjalanan itu berubah apabila dia secara tidak sengaja terperangkap dalam misi berbahaya bersama Inspektor Johari, untuk menyelamatkan sekumpulan anggota polis yang diracun serta pasukan polis yang dijadikan tebusan oleh kumpulan samseng yang ingin membalas dendam.
Filem ini arahan Kroll Azry dan terbitan Number Twenty One Media dengan Kerjasama Dream Warrior Pictures, serta melibatkan kerjasama daripada Astro Shaw yang bertindak sebagai rakan pemasaran dan pengedaran.
Saksikan lakonan hebat Dato Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Dato Afdlin Shauki, Fadhli Masoot, Amir Nafis, Abi Madyan, dan ramai lagi di pawagam seluruh tanah air.
Banduan turut ditayangkan kini di Kanada, Amerika Syarikat, Brunei, manakala di Singapura bermula 13 November ini.