Skip to main content

Selebriti

Pernah Lalui Fasa Sama, Aina Abdul Titip Kata Semangat Buat Syamel - "Tidak Mengapa Untuk Berehat Tetapi..."

WhatsApp Image 2026 04 17 at 4.16.19 PM (1)

Sekilas

  • Aina Abdul memberi kata semangat kepada Syamel yang mahu berehat selepas lagu Hamba Cinta gagal ke separuh akhir AJL ke-40.
  • Aina percaya Syamel dan Ernie Zakri mampu terus berjaya walaupun menghadapi cabaran dalam industri seni.
  • Dia menegaskan pentingnya terus berusaha dan tidak mudah berputus asa walaupun pernah terfikir untuk bersara.

Penyanyi, Aina Abdul menitipkan kata-kata semangat buat Syamel selepas dia memberi bayangan mahu berehat daripada industri seni susulan lagunya, Hamba Cinta gagal mara ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu ke-40.

Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani berkata, dia percaya Syamel dan isterinya yang juga penyanyi, Ernie Zakri mampu melangkah lebih jauh selepas melalui pelbagai liku dalam industri.

"Saya harap Syamel terus kuatkan semangat, kerana saya tahu kedua-dua Syamel dan Ernie sudah melalui pelbagai cabaran dalam industri,"katanya kepada Gempak.

Aina berkongsi perkara tersebut ketika sesi latihan bersama Senario bagi Konsert The Last Kopek SenarioUnion: 30 Tahun di Sheroline Space, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam masa sama, Aina turut mengakui bukan dirinya sahaja yang pernah terfikir untuk bersara, malah kebanyakan anak seni pasti melalui fasa ingin berhenti dalam kerjaya.

"Saya rasa semua anak seni melalui perkara yang sama dalam kerjaya. Kepada Syamel dan Ernie, jangan berhenti kerana muzik ‘speaks to us’ dengan cara yang sukar digambarkan.

"Ini juga peringatan untuk diri saya supaya terus bekerja keras, dan buat sesiapa yang sedang rasa ‘down’, tidak mengapa untuk berehat seketika tetapi jangan menghilang,"ujarnya.

Pelantun lagu Sumpah itu turut menjelaskan bahawa faktor rezeki dan komitmen hidup, selain minat mendalam terhadap muzik, menjadi kekuatan untuk terus bertahan dalam industri.

"Apa yang membuatkan saya tidak berputus asa adalah tanggungjawab mencari rezeki. Pada akhirnya, kita semua bekerja dan ada komitmen masing-masing, bukan penyanyi sahaja. Kehidupan perlu diteruskan.

"Selain itu, minat yang mendalam terhadap muzik juga menjadi kekuatan. Dalam industri seni, sekali kita mula, sukar untuk berpatah balik. Insya-Allah, dengan berkat Tuhan, kita teruskan,"jelasnya

Tambahnya lagi, masih banyak perkara yang ingin dicapai dalam kerjaya seni, termasuk menghasilkan beberapa album, selain memastikan setiap usaha yang dilakukan adalah berbaloi dan tidak menghampakan mana-mana pihak.

"Masih banyak yang saya ingin capai dan puasakan diri, termasuk menghasilkan beberapa album. Sebagai anak seni, kami mahu apa yang dilakukan itu berbaloi, bukan sekadar dari segi wang, tetapi juga kepuasan, minat dan sokongan orang sekeliling.

"Saya tiada momen spesifik kerana setiap fasa ada cabarannya. Kita tidak sentiasa berada di atas. Apa yang saya selalu ingatkan diri, jangan mudah berputus asa. Kalau berhenti, rugi segala masa, tenaga dan sokongan daripada orang sekeliling,"kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement