Skip to main content

Berita Antarabangsa

Penyokong Tegar Donald Trump Yang Sebut Palestin Tidak Wujud Maut Ditembak

kirk

Aktivitis yang juga penyokong tegar Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Charlie Kirk maut ditembak pada bahagian leher sewaktu sesi dialog yang diadakan di Universiti Utah Valley.

Pempangaruh yang juga terkenal lantang menyokong Israel dan mengatakan negara Palestin tidak wujud, meninggal dunia pada usia 31 tahun, lapor BBC.

Advertisement

Menerusi pelbagai laporan media antarabangsa, Kirk yang juga pengasas grup Turning Point USA ditembak hanya selepas 20 minit memulakan sesi dialognya.

Dia malah diserang sewaktu berdialog tentang ramai golongan transgander yang mati kerana ditembak.

Darah dilihat mengalir banyak daripada leher dan Krik dilarikan ke hospital dalam keadaan panik.

Sekutu rapat Trump itu bagaimanapun diumumkan meninggal dunia di hospital kerana kecederaan yang dialami.

Susulan insiden yang mengejutkan itu, Trump mengutuk serangan dan menzahirkan duka cita dengan menyifatkan Kirk sebagai seorang legenda.

“Seorang yang hebat malah legenda, Charlie Kirk telah meninggal dunia.

“Tidak ada yang lebih memahami perjuangan Heart of the Youth di Amerika lebih daripada Kirk. Dia akan selalu diingati oleh semua, terutama saya. Kini dia tiada bersama kita lagi,” ujar kenyataan yang dikeluarkan Trump.

Pihak berkuasa masih memburu suspek yang menembak Krik.

Terdahulu Krik menimbulkan kemarahan apabila menyatakan: “Palestin tidak pernah wujud. Ia dipanggul Judea dan Samaria.”

Must-Watch Video

Advertisement