Skip to main content

Berita Tempatan

Pemegang Harap Dividen Masuk Akaun 3, KWSP Kata Tak Boleh Sebab…

Astro Gempak dividen

Sekilas

  • KWSP mengumumkan kadar dividen 6.15% untuk tahun kewangan 2025 bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah.
  • Dividen dikreditkan terus ke akaun masing-masing mengikut baki purata harian dan tidak boleh dipindahkan antara akaun.
  • Setiap akaun, termasuk Akaun 1, Akaun 2, dan Akaun 3, menerima dividen berdasarkan baki sebenar dalam akaun tersebut.

Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, berkata berdasarkan Akta KWSP 1991, sebarang agihan dividen tidak boleh dipindahkan atau disalurkan merentasi akaun.

Beliau menegaskan, setiap pembayaran dividen adalah tertakluk kepada struktur akaun yang ditetapkan dan perlu dimasukkan ke dalam akaun yang sepadan dengan baki simpanan ahli.

"Di bawah Akta KWSP sedia Akaun 3 tetap layak dapat dividen mengikut purata baki harian.

“Kita tidak boleh mengambil dividen daripada akaun lain dan menyalurkannya pada akaun 3,” ujar Ahmad Zulqarnain Onn seperti dilaporkan Berita Harian.

Ahmad Zulqarnain berkata, ketetapan itu adalah selaras dengan kerangka perundangan serta prinsip pengurusan simpanan persaraan yang diamalkan KWSP bagi memastikan integriti dan ketelusan pengagihan dividen kepada lebih 16 juta ahlinya.

Sementara itu, pencarum yang menyimpan dalam Akaun 3 tetap layak menerima dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan 2025.

Bagaimanapun, katanya, agihan itu dibuat berdasarkan baki sebenar dalam setiap akaun, bukan secara pukal.

Dividen akan dikreditkan mengikut baki purata harian dalam Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3), dan bukannya tertumpu kepada satu akaun sahaja.

"Jika pencarum sudah mengeluarkan keseluruhan simpanan dalam Akaun Fleksibel, maka akaun itu tidak akan menerima dividen. Pengiraan dibuat berdasarkan baki purata harian setiap akaun," katanya.

KWSP mengumumkan kadar dividen 6.15 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah, menandakan tahun kedua berturut-turut kadar yang sama diberikan kepada kedua-dua dana.

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

Must-Watch Video

Advertisement