Skip to main content

Jenayah

Pembunuhan Sadis, 65 Potongan Daging Wanita Ditemui Dalam Semak, 239 Pecahan Tulang Di Rumah

kerat

Penduduk di sebuah kampung di Lakarsantri, Surabaya dikejutkan dengan berita kejam terhadap kematian seorang wanita yang dikenali sebagai TAS.

Kematian TAS malah sangat tragis dan sadis. Wanita berusia 25 tahun itu bukan hanya mati kerana dibunuh tetapi anggota badannya telah dipotong dengan kulit disiat dan diasingkan daripada tulang, lapor Detik.com.

Advertisement

Jenayah kejam itu dilakukan oleh pasangannya, Alvi Maulana, 24, di rumah sewa mereka selepas mereka bertengkar pada 31 Ogos lalu.

Apa yang lebih mengejutkan, Alvi yang disifatkan sebagai pendiam oleh penduduk kampung telah membuang cebisan daging mangsa seperti tapak kaki dan tangan, organ dalaman yang dipotong, lemak, kulit kepala serta rambut yang diasingkan kepada 65 cebisan ke dalam semak.

Perbuatan dahsyat suspek terbongkar selepas seorang penduduk kampung masuk ke dalam dusun untuk mengambil rumput dan menemui cebisan kulit serta daging yang dipotong-potong.

Hasil maklumat, pihak berkuasa tempatan kemudian berjaya menahan suspek dalam tempoh 14 jam selepas jenayahnya terbongkar beberapa hari lalu.

Alvi kemudian membawa polis ke rumah sewa dua tingkat mereka sebelum mengejutkan semua dengan penemuan yang lebih menakutkan.

Polis berjaya membongkar kediaman tersebut dan menemui sekitar 239 serpihan tulang serta tengkorak mangsa yang disembunyikan di belakang almari dan dibungkus dalam dua plastik hitam.

Menurut kronologi kes, suspek telah mengelar leher mangsa terlebih dahulu sebelum mengerat anggota badan wanita yang tinggal bersamanya sejak beberapa tahun lalu.

Kini bapa mangsa memohon pihak berkuasa menjatuhkan hukuman berat terhadap suspek.

Must-Watch Video

Advertisement