Sekilas
- Daiyan Trisha menolak cadangan netizen untuk makan makanan yang diingini ketika mengalami keinginan, menekankan pentingnya disiplin dalam dietnya.
- Dia menjelaskan bahawa sebarang pelanggaran diet akan menyebabkan dia perlu mula semula dan usaha yang dibuat menjadi sia-sia.
- Daiyan berkongsi pengalamannya berdasarkan nasihat profesional kesihatan dan menggalakkan orang lain mengamalkan cara mereka sendiri dengan komitmen penuh.
Pelakon, Daiyan Trisha menolak cadangan netizen yang memintanya untuk menikmati makanan yang diiingini sambil menekankan kepentingan disiplin dalam diet yang diikutinya.
Menerusi perkongsian di Threads, Daiyan menjelaskan bahawa sebarang pelanggaran diet akan menyebabkan dia perlu mula semula dan akhirnya segala usaha yang dibuat akan menjadi sia-sia.
"Ada yang kata pada saya untuk menjamah sedikit makanan jika saya terlalu 'craving'. Pertama sekali, saya kena jaga disiplin.
"Yang kedua, saya perlu makan mengikut panduan diet yang disediakan dalam program ini. Saya perlu mula balik jika saya langgar dan ia tidak berbaloi," tulisnya.
Dalam masa sama, Daiyan menegaskan perkongsiannya hanyalah pengalaman peribadi berdasarkan nasihat profesional kesihatan dan tidak menghalang sesiapa yang ingin mengamalkan cara mereka sendiri.
"Pada akhirnya, saya cuma ingin berkongsi pengalaman saya berdasarkan nasihat professional kesihatan. Awak boleh buat dengan cara awak sendiri. Apa yang paling susah ialah bagaimana awak ingin beri komitmen penuh. Semoga maju jaya," ujarnya.

Terdahulu, Daiyan berkongsi pengalamannya yang kini dia perlu mengamalkan diet sihat selepas mengalami beberapa simptom berkaitan dengan sakit usus bocor.
Bukan itu sahaja, pelakon drama Project High Council ini turut mengambil pendekatan mendapatkan perkhidmatan cef peribadi bagi menjaga pemakanannya.