Skip to main content

Selebriti

Netizen Persoalkan 'Pizza Mendonia' Cik Epal Pakai Sistem Yang Sama Dengan Bekas Suami - "Bukan Ke Dah Ada..."

JOFLIAM VS CIK EPAL

Pempengaruh dan personaliti media sosial, Cik Epal mencuri perhatian apabila tampil dengan perniagaan baharunya iaitu Pizza Mendonia, baru-baru ini.

Namun lain pula jadinya apabila muncul netizen yang mendakwa perniagaannya itu mempunyai sistem yang sama seperti bekas suaminya, Jofliam.

Advertisement

"Kenapa Cik Epal pun buat sistem yang sama seperti bekas suami dia termasuk 'pre-order', 'time slot', 'pick up' dan lain-lain. Bukan ke dah ada kedai. Kalau buat macam restoran je tak boleh ke," tanya pengguna tersebut menerusi platform Threads.

Perkara tersebut mencetuskan perdebatan netizen dengan rata rata tetap menyokong cara Cik Epal menguruskan perniagaannya dan menganggap sistem itu lebih tersusun serta mudah untuk pelanggan.

"Tak sama. Cik Epal tak buat 'Explorace'.

"Dia kenal pelanggan dia. Dulu ramai datang kedai ex dia pun sebab pengikut Cik Epal.

"Cik Epal kata nak tengok 'crowd' dulu sebab takut tak terlayan. Kalau lambat nanti pelanggan tunggu lama.

"Elokla dia buat ikut slot macam itu. Kalau terus buat 'pick up' kat kedai, nanti ramai pula yang serbu," komen netizen.

Sekadar rekod, 'Pizza Mendonia' kini beroperasi di kedai fizikal dan menerima sistem pesanan dengan menu utamanya iaitu Pizza Wagyu berharga RM135.

Must-Watch Video

Advertisement