Pempengaruh dan pencipta kandungan, Aqil Zulkiflee menerima teguran terbuka daripada netizen yang meminta agar dia memadam video di saluran YouTube miliknya kerana didakwa tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
Menerusi hantaran di Threads, seorang pengguna menasihati Aqil supaya lebih berhati-hati dengan kandungan yang dimuat naik selain mendakwa beberapa video miliknya mengandungi elemen tajam serta penggunaan bahasa yang kurang sopan.
Advertisement
"Tolong padam video awak yang merepek dan yang ada unsur tajam. Awak perlu jaga bahasa awak sebab ramai kanak-kanak yang ikut," tulis individu tersebut.
Teguran itu nyata menarik perhatian ramai dengan rata-rata netizen bersetuju dan menyuarakan kebimbangan terhadap pengaruh kandungan sedemikian terhadap penonton bawah umur.
"Akhirnya ada juga yang bersuara.
"Sokong.
"Setuju. Anak buah suka sangat tengok youtube dia ni.
"Saya setuju," komen netizen.
Sekadar rekod, Aqil Zulkiflee dikenali dengan kandungan berunsur hiburan yang menampilkan pelbagai tema seperti demonstrasi alat permainan, makanan, haiwan peliharaan dan aktiviti mesra kanak-kanak yang dihasilkan mengikut trend semasa.