Skip to main content

Selebriti

Netizen 'Geli Hati' Tengok Gelagat Roslan Shah & Fattah Amin, Siap Ada Sesi Luah Perasaan - "Dia Suka Saya..."

Telatah Cik Lan dan Fattah Amin

Pengacara, Roslan Shah sekali lagi menjadi tumpuan netizen dengan aksi spontan yang mencuit hati ramai menerusi siri paranormal bersama pelakon tanah air, Fattah Amin.

Dalam perkongsian di TikTok, Roslan atau lebih dikenali sebagai Cik Lan dilihat duduk di sebelah Fattah sambil menunjukkan telefon baru yang dibelikan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida.

"Ini Datuk Seri Vida yang belikan.

Telefon RM7,700 di Pavillion," ujarnya dengan nada bangga.

"Ala sweetnya," balas Fattah.

Lebih menghiburkan, Cik Lan turut berkongsi isi hati mengenai Vida di hadapan Fattah, menyebabkan pelakon itu tersenyum lebar sambil menahan ketawa.

"Dia suka saya, saya pun suka dia. Tapi dua-dua malu nak mengaku," tambah Cik Lan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen terhibur dengan celoteh bersahaja dari Cik Lan.

"Waktu cakap dia suka i, i pon suka dia tapi malu nak jawab, berdekah aku dibuatnya macam mana la diorang ni boleh tahan gelak dengan Cik Lan.

"Ayat tu lawak.

"Kalau aku jadi Fattah pun aku ketawa.

"Fattah tahan gelak, aku yang tersembur gelak," tulis netizen.

Terdahulu, Vida atau nama lengkapnya Hasmiza Othman mencuri perhatian ramai apabila membelikan telefon bimbit baharu berharga RM7,799 untuk Cik Lan.

Namun, gelagatnya bersama Vida, terutamanya semasa mereka menjalankan aktiviti paranormal sebelum ini, membuatkan netizen berseloroh berharap suatu hari nanti mereka disatukan.

Advertisement

Must-Watch Video