Sekilas
- Pernikahan Erra Fazira dan Ezwan Zain mendapat pujian ramai kerana majlis yang kemas, teratur dan tenang.
- Rakaman di sebalik tabir pengurusan majlis menunjukkan seorang wanita profesional memberi arahan dan membimbing pengantin sepanjang majlis.
- Netizen memuji cara pengendalian majlis yang tersusun dan perkhidmatan pengurusan yang cemerlang.
Baru sahaja mendirikan mahligai cinta, pernikahan primadona Erra Fazira bersama pasangannya, Ezwan Zain, mencuri perhatian ramai apabila majlis tersebut dipuji kerana alirannya yang kemas, teratur dan tenang.
Pengurusan majlis pernikahan berkenaan turut berkongsi rakaman di sebalik tabir pengendalian majlis ijab dan kabul pasangan itu, sekali gus meraih perhatian warganet.
Menerusi hantaran tersebut, seorang wanita yang dipercayai bertanggungjawab menguruskan perjalanan majlis dilihat memberi arahan dengan penuh profesional kepada tenaga kerja terlibat, termasuk membimbing kedua-dua pengantin sepanjang majlis berlangsung.
“Terima kasih atas segala pujian. Kami menyambutnya dengan penuh penghargaan, ketelitian dan rasa tanggungjawab dalam memastikan setiap perincian serta mengetuai perjalanan majlis ijab dan kabul Erra & Ezwan dengan sebaiknya. Kami kongsikan sedikit cerita di belakang tadbir majlis kesayangan ramai,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara pengendalian wanita berkenaan yang disifatkan profesional, tersusun serta menawarkan perkhidmatan pengurusan majlis yang cemerlang.
