Skip to main content

Selebriti

Muat Naik Permohonan Maaf, Sufi & Isteri Akui Kesilapan - "Kami Telah Hubungi Pengasuh Untuk..."

sufie

Penyanyi, Sufi Rashid tampil memuat naik kenyataan permohonan maaf secara terbuka di media sosial miliknya berhubung isu pengasuh pada Jumaat.

Menurut Sufi, dia mengakui bahawa dia dan isterinya, Ain, telah memberikan reaksi yang berlebihan dalam isu tersebut sehingga menerima mesej kritikan yang berterusan.

"Selepas meneliti semua perkara dengan lebih tenang, saya dan isteri mengakui bahawa kami telah bertindak secara berlebihan berhubung isu pengasuh.

“Meskipun nama isteri saya tidak disebut secara langsung, namun konteks yang timbul telah membuatkan orang ramai terus mengecamnya. Dia menerima pelbagai komen kebencian dan direct message (DM). Sebagai suami, saya akan tetap melindungi isteri saya," tulisnya.

Bekas Juara Akademi Fantasia 2015 itu turut memaklumkan bahawa mereka telah menyelesaikan perkara tersebut bersama pengasuh berkenaan dan akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku.

“Untuk mengelakkan perkara ini berlarutan, kami telah pun menghubungi pengasuh tersebut untuk berjumpa dan menyelesaikan semuanya dengan baik. Kami juga bertanggungjawab dan akan memberikan sokongan penuh sekiranya dia mengalami pengalaman yang memudaratkan atau impak yang negatif," katanya.

Sufi turut berharap agar isu ini tidak diperbesarkan dan berterima kasih kepada semua yang menasihati mereka.

“Kami berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi dan dapat berakhir di sini. Terima kasih kepada rakan, keluarga dan semua yang menghubungi kami dengan teguran ikhlas. Kami akan lebih berhati-hati dengan tindakan kami selepas ini," ujarnya.

Terdahulu, seorang pengguna Threads mendedahkan pengalaman buruk bekerja sebagai pengasuh kepada seorang pempengaruh.

Walaupun nama tidak disebut, rata-rata netizen menjangkakan ia merujuk kepada Sufi dan Ain.

Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 21 September 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Sabreen Aleyna, pada November tahun lalu.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement