Skip to main content

Selebriti

Mualim Muda: Debaran Semakin Memuncak! Siapa Bakal Juara Sulung? Semak Senarai Tugasan Minggu Akhir

Mualim Muda Final

Sekilas

  • Malam ini, pentas Mualim Muda akan melabuhkan tirai dengan finalis melalui dua pusingan persembahan iaitu bergandingan dengan selebriti dan solo.
  • Finalis akan mengupas isu masyarakat seperti jiran, peniaga, guru, dan pengasuh serta tema tanda-tanda kiamat seperti Yakjuj & Makjuj, Imam Mahdi, Dajjal, dan Nabi Isa A.S.
  • Program ini disiarkan secara langsung di Astro Oasis dan Astro Prima pada jam 9 malam serta boleh distrim di Astro GO dan sooka.


Debaran kian terasa,pentas Mualim Muda bakal melabuhkan tirainya malam ini, sekali gus menentukan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara.

Berbeza daripada minggu-minggu sebelum ini, para finalis akan melalui dua pusingan persembahan iaitu bergandingan bersama selebriti pada pusingan pertama, sebelum tampil solo pada pusingan kedua.

Dalam pusingan bersama selebriti, para finalis akan mengupas isu masyarakat yang dekat dengan kehidupan seharian seperti Jiran, Peniaga, Guru dan Pengasuh. Seterusnya, mereka akan tampil solo dengan tema berkaitan tanda-tanda kiamat iaitu Yakjuj dan Makjuj, Imam Mahdi, Dajjal serta Nabi Isa A.S.

Berikut merupakan tajuk pusingan bersama selebriti:

MM Ashraf & Rosyam Nor -  Jiran

Jiran bukan sekadar individu yang tinggal bersebelahan, tetapi insan terawal yang mengetahui suka duka kehidupan kita. Namun hari ini, budaya kejiranan semakin terhakis. Pintu rumah tertutup, hati juga semakin tertutup. Kesibukan dunia membuatkan manusia lupa bahawa hak jiran adalah antara perkara yang sangat dititikberatkan dalam Islam.

MM Anas & Khir Rahman - Peniaga

Dunia perniagaan masa kini bukan sekadar medan mencari rezeki, tetapi ujian amanah dan kejujuran. Isu penipuan, manipulasi harga serta hilangnya keberkatan semakin menjadi kebiasaan, sedangkan Rasulullah SAW meletakkan peniaga yang jujur setaraf dengan para syuhada.

MM Amar & Johan As'ari - Guru

Guru merupakan pewaris ilmu para nabi. Namun hari ini, kedudukan guru semakin tercabar apabila adab pelajar semakin terhakis di samping tekanan sistem pendidikan yang kian mencabar.

MM Luqman & Fizz Fairuz - Pengasuh

Pengasuh memegang amanah besar dalam membentuk jiwa generasi masa depan. Namun kes penderaan, pengabaian dan lunturnya sifat ihsan semakin membimbangkan.

Bagi pusingan solo pula, para finalis akan membawa tema tanda-tanda kiamat:

MM Ashraf  - Yakjuj & Makjuj

Melambangkan kerosakan besar yang tidak mampu dikawal manusia serta simbol hilangnya nilai kemanusiaan yang boleh menghancurkan dunia.

MM Ana- Imam Mahdi

Kemunculannya membawa harapan ketika dunia dipenuhi kezaliman, mengingatkan bahawa di sebalik kegelapan, Allah tetap mengutus cahaya petunjuk.

MM Amar - Dajjal

Bukan sekadar makhluk, tetapi simbol fitnah terbesar dan  penipuan yang mengelirukan manusia antara kebenaran dan kebatilan.

MM Luqman - Nabi Isa A.S

Turunnya Nabi Isa A.S menjadi penamat kepada fitnah Dajjal serta mengembalikan keadilan di muka bumi, simbol kemenangan kebenaran selepas fasa kerosakan yang panjang.

Malam ini juga, penonton bakal disajikan dengan persembahan nasyid khas daripada kumpulan Munsyid Malaysia, A.N.A.

Mualim Muda menampilkan pendakwah bebas Datuk Ustaz Kazim Elias, Dr. Kamilin Jamilin serta pelakon Neelofa sebagai barisan juri tetap, manakala Dr. Oki Setiana Dewi hadir sebagai juri jemputan.

Sementara itu, Ustaz Shahrizan Daud akan menjadi Mursyid (Pengetua) bagi program ini, membimbing serta memberi motivasi kepada para peserta.

Gandingan selebriti Pencetus Ummah iaitu Haris Ismail (PU Riz), dan juga penyanyi nasyid, Fakhrul UNIC pula diberi tanggungjawab mengemudi pentas sebagai hos program.

Mualim Muda bersiaran secara langsung pada jam 9 malam ini di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Prima (saluran 105), serta boleh distrim secara On Demand di Astro GO dan sooka.

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

K12 Wireless Karaoke Speaker

K12 Wireless Karaoke Speaker

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Digital LED Tasbih Counter

Digital LED Tasbih Counter

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement