Skip to main content

Selebriti

Membesar Tanpa Figura Ayah, Uyaina Bersyukur Bergelar Ibu Pada Tiga Cahaya Mata Lelaki - "Sewaktu Saya Mengidam Emas, Ramai Kata..."

Uyaina Arshad

Sekilas

  • Uyaina Arshad baru sahaja melahirkan anak lelaki ketiga walaupun ramai sangka dia akan dapat anak perempuan kerana mengidam emas semasa hamil.
  • Pelakon dan pengarah ini membesar tanpa ayah selepas bapanya meninggal dunia ketika dia berusia lima tahun.
  • Uyaina kini bersyukur dikurniakan tiga cahaya mata lelaki hasil perkahwinannya dengan Syahiran yang dimulakan pada Disember 2021.

Baru sahaja melahirkan seorang cahaya mata lelaki, pelakon dan pengarah, Uyaina Arshad berkongsi pengalaman lucu berhubung kerenah orang ramai ketika dia mengidam sewaktu hamil anak ketiganya.

Menerusi perkongsian di Threads, Uyaina mendedahkan ramai beranggapan dia bakal menimang cahaya mata perempuan susulan keinginannya terhadap emas sepanjang tempoh kehamilan.

Namun, lain pula jadinya apabila dia sekali lagi dikurniakan anak lelaki.

"Saya baru melahirkan seorang cahaya mata lelaki yang sihat. Sewaktu saya mengidam emas, ramai kata mesti perempuan. Tapi tidak, lelaki. Alhamdulillah syukur. Allah itu adil," tulisnya.

Dalam masa sama, anak kelahiran Perak itu turut berkongsi bahawa dia membesar tanpa figura seorang ayah selepas bapanya meninggal dunia ketika dia berusia lima tahun.

Kini, dia menjadi seorang ibu dan beryukur dikurniakan tiga cahaya mata lelaki.

"Saya membesar tiada ayah. Ayah saya sudah meninggal ketika saya berusia 5 tahun. Sekarang, bila dah menjadi seorang ibu. Dia hadirkan saya dengan tiga orang cahaya mata anak lelaki," katanya.

Terdahulu, Uyaina mengumumkan bahawa dia telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga menerusi perkongsian di Instagram miliknya.

Sekadar rekod, Uyaina dan suaminya, Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Raha Urhan dan Raja Urayyan.

Must-Watch Video

Advertisement