Skip to main content

Selebriti

Media Sosial Bukan Tempat Meluah Perasaan, Amyra Rosli Saran Jumpa Pakar - "Bukan Untuk Bukti Siapa Yang Paling..."

amyra rosli

Pelakon, Amyra Rosli berpendapat bahawa media sosial bukanlah platform yang sesuai untuk meluahkan perasaan kerana sifatnya yang luas dan terbuka.

Menurut Amyra, kehidupan peribadi, kerjaya dan keluarga seharusnya diasingkan dengan baik agar tidak bercampur aduk, lebih-lebih lagi apabila melibatkan hal sensitif.

“Saya memang tidak bersetuju untuk berkongsi luahan di media sosial kerana ia terlalu luas dan terbuka.

"Apabila kita berkongsi segalanya, tiada lagi batasan untuk kehidupan peribadi. Kehidupan peribadi dan kerjaya perlu diasingkan terutamanya apabila melibatkan keluarga.

"Simpanlah perkara yang bermakna sebagai memori, bukan untuk membuktikan siapa paling bahagia," katanya kepada Gempak.

Amyra berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri Gema Ramadan Siti Khadijah di PICC Putrajaya Konvensyen pada Rabu.

Dalam pada itu, aktres drama Nur ini turut menitipkan pesanan agar individu yang ingin meluahkan perasaan mencari saluran yang betul selain menasihati orang ramai supaya tidak membuka aib sesiapa.

"Jika perlu meluahkan perasaan, carilah tempat yang betul dan berjumpalah dengan pakar. Media sosial ibarat cermin, apa yang kita cakap tentang orang lain, akhirnya akan kembali kepada kita.

"Apabila membuka aib, bukan diri sendiri sahaja yang terkesan, malah keluarga turut menerima tempiasnya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Amyra dan sekeluarga turut tampil sebagai Duta ramadan dan Raya Siti Khadijah 2026  sekali gus menjadi wajah baharu bagi koleksi keluarga.

Koleksi keluarga ini direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden tanpa mengabaikan nilai tradisi, kesopanan dan keselesaan.

Selain itu, Siti Khadijah turut memperkenalkan Koleksi Ramadan & Raya 2026, MUSHAFE - Warisan Darul Iman, yang diinspirasikan daripada Mushaf Terengganu, sebuah manuskrip Islam yang kaya dengan nilai seni, sejarah dan budaya. 

Bagi yang berminat untuk memiliki koleksi ini, boleh datang ke mana-mana butik Siti Khadijah berhampiran anda atau layari laman web www.sitikhadijah.com .
 

Must-Watch Video

Advertisement