Skip to main content

Selebriti

"Marissa Hanya Lalui Perkara Yang Indah, Saya Tak Pernah Bercerita Jatuh Bangun Saya Dalam Perkahwinan" - Abby Abadi

WhatsApp Image 2026 03 31 at 12.42.27 PM

Sekilas

  • Abby Abadi berkongsi bahawa anak perempuannya, Marissa Dania, tidak pernah didedahkan dengan kesusahan hidup yang pernah dilaluinya sebelum ini.
  • Abby menegaskan dia berhak bersuara mengenai isu rumah tangga Marissa selepas anaknya menghadapi kritikan dan lafaz cerai berulang kali.
  • Marissa dan suaminya, Ahmad Aslam, telah melalui beberapa kali lafaz cerai dan rujuk sejak September 2024 hingga Jun 2025.

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi berkongsi bahawa anak perempuannya, Marissa Dania tidak pernah didedahkan dengan pahit perit kehidupan yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Abby berkata dia memilih untuk tidak menceritakan kisah silamnya kerana hanya mahu memberikan yang terbaik buat anaknya sejak kecil.

"Dia tak nampak jatuh bangun saya dalam perkahwinan dan saya pun tidak pernah bercerita. Dia hanya melalui perkara yang indah-indah dan lengkap dengan makanan, minuman serta tempat tinggal yang selesa. Sebab itu dia tidak ambil pengajaran pun sebab memang dia tidak pernah tahu mamanya ini lalui kehidupan bagaimana," tulisnya.

Sementara itu, dalam hantaran lain, Abby menegaskan bahawa dia tidak akan berdiam diri selepas ada segelintir pihak memintanya untuk membiarkan Marissa menguruskan rumah tangganya sendiri.

Menurutnya, sebagai seorang ibu, dia berhak untuk bersuara terutama apabila anaknya berdepan dengan situasi yang membimbangkan.

"Marissa itu anak saya! Bukan batang kayu. Dua tahun saya biarkan dia dicaci maki dan dihamun sesuka hati sebab kelemahan diri dia sendiri. Dah sampai kena talak berkali-kali ini, tak boleh ke saya nak bersuara? Itu anak saya. Saya hidup lagi.

"Anak saya baru berusia 20 tahun. Dari kecil saya jaga, semua benda sempurna. Bila dah besar, kau buat main sahaja anak aku. Kurang ajar sangat tu. Mencabar sangat ni," ujarnya.

Semalam, Marissa bersama suaminya, Ahmad Aslam hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan perkahwinan mereka.

Menurut peguam syarie yang mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, anak guamnya itu telah melafazkan cerai dan rujuk terhadap isteri keduanya sebanyak dua kali.

Difahamkan, lafaz cerai pertama berlaku pada September 2024 sebelum pasangan itu kembali rujuk pada bulan sama. Namun, pada April 2025, Aslam sekali lagi melafazkan cerai sebelum mereka dilaporkan rujuk semula pada Jun.

Anda mungkin berminat dengan

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

Must-Watch Video

Advertisement