Skip to main content

Selebriti

"Manusia Cuma Percaya Apabila Yang Dibuli Berakhir Dengan Kematian" - Puteri Balqis

Mia Sara Nasuha

Sekilas

  • Puteri Balqis dedahkan dirinya dibuli oleh Mia Sara Nasuha dan rakan-rakan sejak kecil, termasuk penghinaan dan fitnah terhadap ibunya.
  • Aqish kongsi pengalaman dianiaya di set penggambaran dan diketepikan ketika bersama peminat kerana kurang dikenali.
  • Dia juga mendedahkan kesan buli terhadap kesihatan mental ibunya serta dakwaan Mia Sara terlibat dalam aktiviti tidak bermoral.

Pelakon, Puteri Balqis mendedahkan dia pernah difitnah serta ditertawakan orang ramai ketika cuba untuk membuat laporan polis susulan dakwaan ibunya yang kononya mengambil barang terlarang.

Menerusi perkongsian di Instastory, Balqis atau mesra disapa sebagai Aqish turut berkata ibunya dipandang sinis setiap kali hendak keluar rumah dan pergi ke set penggambaran. 

"Saya dihina miskin oleh mereka sejak kecil. Ini bukan cerita yang direka. Ramai saksi kali ini yang tampil untuk bersetuju.

"Masyarakat buta dengan aib. Kami difitnah, dihina tanpa disuruh menunjukkan bukti. Apabila ibu saya ke balai untuk membuktikan yang dia bukan penagih dadah, masyarakat gelak.

"Ibu saya dipandang sinis setiap kali keluar rumah dan ke set pengembaraan. Mereka tak tahu ibu saya bergantung pada ubat yang banyak," tulisnya.

Dalam masa sama, Aqish turut berkata tindakan membuka mulut mengenai hal tersebut kerana tidak tahan lagi menjadi mangsa hinaan selain menegaskan selama ini, dia tidak pernah berkongsi aib atau cerita sesiapa.

"Manusia cuma percaya apabila yang dibuli berakhir dengan kematian. Saya dan Farris hampir kehilangan orang yang kami sayang kerana fitnah dan buli.

"Tapi bila si pembuli dari kecil bertindak begitu, mereka tak percaya sambil berkata itu orang lain, kembar dia, fitnah atau kata dia baik.

"Puteri yang bermasalah bermusuh dengan semua. Semestinya kami bermusuh dengan pembuli. Tak akan nak jadi narsistik seperti mereka. Bukan masanya lagi saya tunduk pada mereka," ujarnya.

Bagaimanapun Puteri Balqis mengambil tindakan memadam perkongsian yang dimuat naik di Instagram.

Must-Watch Video

Advertisement