Skip to main content

Jenayah

Lelaki Ketagih Judi Online Tergamak Bunuh, Bakar & Kerat Tubuh Ibu, ‘Naik Hantu’ Tak Diberi Duit

Kaki judi bunuh ibu

Sekilas

  • Seorang lelaki berusia 23 tahun di Sumatera Selatan, Indonesia, membunuh ibu kandungnya kerana ketagihan judi dalam talian dan tidak diberikan wang untuk bermain.
  • Pelaku menetak leher ibunya hingga terputus kepala, kemudian cuba membakar dan mengerat jasad mangsa sebelum menanamnya di kebun berdekatan.
  • Kes terbongkar selepas keluarga curiga dengan kehilangan mangsa, dan pelaku ditahan selepas mengaku melakukan pembunuhan tersebut.

Seorang lelaki tergamak membunuh kejam ibu kandungnya hanya kerana ketagihan bermain judi dalam talian.

Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan AF, 23, di Desa Karang Dalam, Kecamatan Pulau Pinang, Kabupaten Lahat di Sumatera Selatan, Indonesia susulan penemuan bahagian tubuh mangsa yang dikerat-kerat dan ditanam di sebuah kebun pada Rabu.

Kasat Reskrim Polres Lahat, AKP Muhammad Ridho Pradani berkata, siasatan awal mendapati pelaku naik angin kerana tidak diberikan wang untuk bermain 'judi slot'.

"Pada mulanya, anak beranak itu bertengkar sebelum AF mengambil sebilah parang lalu menetak leher ibunya beberapa kali hingga kepala mangsa terputus.

"Suspek kemudiannya cuba membakar jasad ibunya dengan petrol untuk menghilangkan bukti perbuatan jenayahnya.

“Setelah api padam, dia masih tidak berpuas hati dan kembali dengan membawa empat karung plastik dan mengerat tubuh ibunya kepada beberapa bahagian," jelasnya.

Demi memastikan bukti lenyap sepenuhnya, AF mengupah dua rakannya sebanyak 300,000 rupiah (RM69) untuk menggali lubang di sebuah kebun terletak kira-kira 20 meter dari rumah mangsa.

Difahamkan, kes itu terbongkar selepas ahli keluarga yang lain curiga dengan kehilangan mangsa selama hampir seminggu.

Penduduk setempat akhirnya mendedahkan aktiviti menggali tanah atas arahan AF selain bau menyengat yang mencurigakan.

Pelaku ditahan di sebuah rumah sewa di Kelurahan Bandar Agung untuk membantu siasatan setelah dia dengan selamba mengaku telah membunuh ibunya.

Sumber: Sinar Harian
 

Anda mungkin berminat dengan

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement