Skip to main content

Berita

Lelaki Ditahan Bocorkan Filem Baharu Avatar: The Last Airbender

Astrogempak AVATAR

Sekilas

  • Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan polis kerana didakwa membocorkan klip filem animasi The Legend of Aang: The Last Airbender yang belum ditayangkan.
  • Suspek dipercayai memperoleh akses tanpa kebenaran ke pelayan kandungan media dan memuat naik sebahagian filem tersebut ke platform dalam talian.
  • Filem animasi itu dijadualkan tayangan Oktober ini dan jika disabit kesalahan, suspek berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM155,166.

Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan polis berhubung kebocoran klip filem animasi akan datang, The Legend of Aang: The Last Airbender.

Menurut laporan CNA, suspek didakwa memperoleh akses tanpa kebenaran ke sebuah pelayan kandungan media bagi memuat turun filem berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada francais Avatar itu.

Polis memaklumkan pada Jumaat bahawa mereka menerima laporan pada 16 April lalu mengenai penyebaran petikan filem yang masih belum ditayangkan itu di beberapa platform media sosial.

Suspek berjaya ditahan dalam tempoh sehari selepas laporan dibuat.

Menurut pihak polis beberapa peranti elektronik turut dirampas, dan salinan filem berkenaan ditemui dalam peranti miliknya.

"Siasatan awal mendapati lelaki tersebut telah memperoleh akses jarak jauh tanpa kebenaran ke pelayan kandungan media dan memuat turun filem itu.

"Dia kemudiannya memuat naik sebahagian daripada filem tersebut ke dalam talian," katanya.

Lelaki itu kini disiasat dan jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda tidak melebihi S$50,000 (RM155,166) atau kedua-duanya sekali.

Menurut laporan media oleh Variety, filem tersebut telah dimuat naik di platform X pada awal April dan masih boleh diakses pada 16 April.

Paramount Studio mengesahkan kebocoran tersebut tidak berpunca daripada pihaknya dan filem animasi itu dijadualkan untuk ditayangkan pada Oktober ini, menurut IMDb.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Must-Watch Video

Advertisement