Skip to main content

Selebriti

Konsert Healing Nite 2026: Mak Cik Rokiah Jadi Tumpuan, Walau Hidap Demensia, Ingatan Terhadap Anuar Zain Kekal Utuh

Anuar Zain

Sekilas

  • Mak Cik Rokiah, seorang warga emas dari Terengganu yang menghidap demensia, mencuri perhatian apabila Anuar Zain menyantuni beliau secara eksklusif di Konsert Healing Nite 2026.
  • Konsert tersebut dihadiri oleh 20,000 peminat dan menampilkan artis popular seperti Ella, Kangen Band, Dayang Nurfaizah, dan Lyodra.
  • Healing Nite 2026 dianggap sebagai inisiatif muzik terapeutik yang berjaya menggabungkan hiburan dengan konsep penyembuhan secara berhemah.

Seorang warga emas dikenali sebagai Mak Cik Rokiah mencuri perhatian ramai ketika Konsert Healing Nite 2026 apabila penyanyi, Anuar Zain tampil menyantuni wanita tersebut secara eksklusif.

Rokiah atau nama penuhnya Rokiah Hamzah merupakan peminat setia Anuar sejak penyanyi itu masih bergelar penyanyi kanak-kanak pada awal era 1980-an.

Walaupun wanita berasal dari Terengganu itu kini menghidap demensia, ingatannya terhadap penyanyi kesayangannya itu kekal utuh dan jelas.

Dalam masa sama, kehadiran Rokiah ke konsert berkenaan ditemani hampir kesemua anak serta cucunya yang turut meluahkan rasa terharu dan penghargaan kepada pihak penganjur atas kejutan istimewa buat ibu dan nenek mereka.

Selain Anuar Zain, konsert tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Ella, Kangen Band, Dayang Nurfaizah dan Lyodra.

Konsert Healing Nite ini telah dihadiri oleh 20,000 ribu peminat dengan tujuan yang sama iaitu healing dan hanyut dalam lagu-lagu yang dibawakan oleh penyanyi-penyanyi kesayangan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Yumeca Sdn Bhd, Herman Aziz menganggap Healing Night 2026 adalah sebagai salah satu inisiatif yang mahu ditonjolkan bahawa hiburan atau muzik bukan sesuatu yang ‘keras dan bingit’ serta bersifat negatif jika dianjurkan secara berhemah.

“Healing Night 2026 bukan sekadar konsert biasa tetapi pesta atau keraian tentang menikmati muzik sebagai salah satu proses terapeutik yang menyenangkan.

“Apa lagi ia melibatkan semua pihak yang bersifat ikonik - baru daripada barisan penghibur, tenaga belakang tabir serta lokasi.

“Kami bersyukur kerana tema Healing Nite yang dibawakan melalui konsert ini mencapai objektif kepada para penonton. Rata-rata penonton berpuas hati bukan sahaja dengan persembahan artis-artis yang dipilih.

"Mereka juga begitu menghayati konsep healing yang dibawakan melalui Healing Tent, Teratak Spa dan semua elemen yang dibawakan melalui healing," katanya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement