Menepati ramalan, bintang Kilauan Emas 2025, Mazleen dinobatkan sebagai juara musim ini.
Mazleen menyampaikan lagu Bertamu Di Kalbu nyanyian asal Jaclyn Victor. Untuk persembahan kedua pula, Mazleen mempersembahkan lagu duet bersama Arip KE4 berjudul Naluri Cinta nyanyian asal Rohana Jalil dan To’ki.
Advertisement
Kemenangan itu sekaligus membuatkan Mazleen menerima hadiah wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro, pakej umrah kasih premium sumbangan Khadim Ummah Holidays dan pakej percutian empat hari tiga malam ke Dubai, UAE sumbangan Amartrips.com
Naib juara pula menjadi milik Zekrai yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro, pakej percutian tiga hari dua malam ke Bali, Indonesia sumbangan Amartrips.com
Manakala tempat ketiga milik Nawary melayakkannya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, beserta trofi sumbangan Astro, pakej percutian tiga hari dua malam ke Danang, Vietnam sumbangan Amartrips.com.
Sementara itu, Zanie pula dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat, Ezan pemilik tempat kelima dan Majid di tempat keenam.
Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Majid juga diumumkan sebagai penerima Anugerah Emas Berkilau of The Week.
Pemenang cabaran 30 Hari Nestle Omega Gold dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5,000 dimenangi oleh Ezan yang berjaya menurunkan tahap kolestrol paling banyak.
Kilauan Emas 2024 dimeriahkan lagi dengan persembahan Ning Baizura yang menyampaikan single terbaharunya berjudul Aku dan Kamu.
Pentas kemudiannya dihangatkan lagi dengan persembahan kumpulan Spider dengan lagu Rela Ku Pujuk dan Aladin.
Kilauan Emas 2024 menampilkan Elly Mazlein sebagai pengacara program utama, serta pelawak dan pelakon Joey Daud sebagai pengacara belakang pentas & diari Kilauan Emas.
Manakala barisan juri pula adalah Erra Fazira, Ning Baizura, Roy Azman dan juri jemputan, Datuk Yusof Haslam.
Kilauan Emas 2024 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam, setiap Sabtu, jam 9 malam menerusi saluran Astro Prima (saluran 105).
Untuk pilihan lebih fleksibel, Kilauan Emas 2024 boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, aplikasi Astro GO dan sooka.