Skip to main content

Selebriti

"Kau Ambil Dad*ah Ke Yang Tau Sangat Pasal Kacip Ni" - Azza Elite Muak Orang Ramai Asyik Guna Perkataan Kacip

Azza Amukk Kacip

Penyanyi dan usahawan, Azza Elite meluahkan rasa marah dan kurang senang terhadap sikap segelintir masyarakat yang sering menggunakan perkataan 'kacip' tanpa menyedari makna disebalik ungkapan tersebut.

Menerusi perkongsian di Thread, Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari menjelaskan maksud perkataan kacip itu adalah individu yang mengambil bahan terlarang seperti dadah.

Advertisement

"Kacip lah sembang kacip lah. Kau tau ke apa maksud sebenar kacip. Kacip tu macam kau pergi hisap dadah empat hari empat malam.

"Macam kau amik batu. Lah menyampah orang tulis kacip. Kau ambil dadah ke yang tahu sangat pasal kacip ni," tulis Azza.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong luahannya itu dan mengkritik penggunaan bahasa generasi zaman sekarang yang dilihat semakin kurang sopan.

"Kan Kak Za. Jangan lah suka sangat nak cakap orang kacip.

"Tahu takpe. Entah apa je ayat sekarang.

"Kuat lagi sis.

"Nak kacipkan orang tapi tak tahu maksud. Sangat menjengkelkan," komen netizen.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement