Skip to main content

Berita

Kapal Conscience Kini Di Ashdod, Ada Aktivis Cedera - MyCARE

huhu

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shahrul Anwar, mengesahkan bahawa kapal utama misi Freedom Flotilla Coaliation (FFC), Conscience, telah tiba di Pelabuhan Ashdod, Israel, selepas dipintas tentera laut Israel awal pagi Rabu waktu Malaysia.

Menurut beliau, kapal besar itu tiba sekitar tengah malam waktu tempatan selepas diambil alih oleh tentera Israel.

Advertisement

Katanya, kapal-kapal lain yang lebih kecil berada beberapa jam di belakang Conscience dan dijangka tiba tidak lama selepas itu.

“Kami maklum sejak pukul 12 tengah malam waktu Malaysia, kapal Conscience sudah sampai ke pelabuhan Ashdod. Kapal ini besar dan selepas dipintas, biasanya tentera Israel akan kendalikan sendiri.

"Jadi mereka percepatkan perjalanan sehingga sampai ke sana,” katanya dalam temubual bersama Astro AWANI pagi ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa lapan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal tersebut dalam keadaan selamat, namun terdapat laporan bahawa beberapa peserta flotila mengalami kecederaan akibat kekasaran ketika insiden rampasan berlaku.

“Sejam yang lalu, kami dapat pengesahan bahawa para peguam sudah berada di pelabuhan dan bersedia mengambil tindakan.

"Mereka belum dapat bertemu secara langsung dengan peserta, tetapi telah dimaklumkan ada peserta yang cedera akibat kekasaran yang berlaku,” katanya.

Tambah Kamarul Zaman, proses rundingan untuk membawa pulang aktivis yang ditahan dijangka rumit kerana perlu melalui saluran perundangan dan diplomatik, termasuk penglibatan pihak peguam antarabangsa yang kini berada di lokasi.

“Ia satu proses yang kompleks kerana melibatkan tahanan di bawah kawalan pihak Israel. Jadi, setiap langkah mesti mengikut protokol undang-undang antarabangsa sebelum mereka boleh dibebaskan,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa tiga ahli Parlimen Turki yang turut ditahan sedang diuruskan untuk dihantar ke negara ketiga dan bukan terus ke Turkiye.

Sumber: AWANI

Must-Watch Video

Advertisement