Skip to main content

Selebriti

Kamal Adli Tak Hadir, Prosiding Cerai Uqasha Senrose Terpaksa Ditangguh

Uqasha mahkamah cerai

Prosiding perceraian pertama pasangan selebriti, Uqasha Senrose, 33, dan Kamal Adli, 39, yang dijadualkan berlangsung hari ini di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, terpaksa ditangguhkan ke minggu hadapan.

Menurut peguam syarie yang mewakili Uqasha, Nurfarhana Abd Manaf, prosiding tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan pihak defendan disebabkan sibuk dengan penggambaran.

Advertisement

"Alhamdulillah Uqasha sendiri hadir seawal jam 9 pagi hari ini dan pihak defendan, tidak hadir tetapi diwakili penguam syarie Abdul Hadi Mohamad Saleh.

"Jadi disebabkan ketidak hadiran pihak defendan hari ini, kes tidak dapat diteruskan dan terpaksa ditangguh kepada tarikh yang akan datang iaitu minggu depan 28 Oktober," ujarnya yang ditemui bersama Uqasha diperkarangan mahkamah.

Jelas Farhana lagi, prosiding pada minggu depan bertujuan untuk mengesahkan sama ada pihak defendan bersetuju atau tidak dengan tuntutan anak guamnya.

Ditanya punca plaintif memfailkan perceraian, Nurfarhana berkata tiadanya persefahaman menyebabkan anak guamnya nekad untuk bertujuan.

"Tujuan perceraian adalah alasan biasa iaitu tiada persefahaman. Plaintif memfailkan perceraian di bawah Seksyen 47, jadi memang alasan tiada persefahaman.

"Oleh kerana anak guam merasakan tidak boleh diteruskan, jadi keputusan bercerai terpaksa diambil walaupun bukan mudah.

"Kalau ikutkan memang pelbagai usaha supaya tak terjadinya tuntutan perceraian pada hari ini. Tapi kita serahkan kepada jodoh. Kalau adalah, adalah.. jika tidak inilah pengakhiran Uqasha," katanya lagi.

Nurfarhana tidak menafikan dakwaan anak guamannya memfailkan lafaz cerai pada 1 Oktober lalu tetapi sehingga ke hari ini, Kamal langsung tidak menunjukkan usaha memujuk.

"Apa yang saya dimaklumkan tiada. Saya tak pasti kalau sebaliknya. Setakat ini tiada. Berkenaan dakwaan berapa lama tidak lagi tinggal sebumbung yang itu tidak boleh didedahkan.

"Sejak anak guam merasakan tidak boleh teruskan perkahwinan, jadi keputusan bercerai terpaksa diambil walaupun bukan mudah.

"Soal kebajikan anak itu kita tak boleh sentuh. Saya harap kita fokus kepada perceraian,"katanya.

Terdahulu rumah tangga pasangan berkenaan dikatakan mulai bergolak sejak April lalu, namun ia bukan berpunca daripada orang ketiga. 

Difahamkan, Uqasha kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan Kamal dan menetap di rumah ibunya.

Sebelum ini, beberapa hantaran berunsur luahan hati di media sosial milik Uqasha menarik perhatian ramai sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen mengenai status rumah tangganya.

Uqasha Senrose dan Kamal Adli disatukan sebagai suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Must-Watch Video

Advertisement