Skip to main content

Selebriti

"Kalau Kau Rasa Kau Tak Boleh Nangis Dalam Kereta Kecil, Kau Nangis Dalam Kereta Ferrari" - Ain Edruce Ulas Isu Sekufu Dalam Perkahwinan

Ain Edruce Sekufu

Pelakon, Ain Edruce berkongsi pendapatnya berhubung kepentingan isu setaraf dalam mendirikan rumah tangga.

Ain atau nama penuhnya Nurulain Edruce berkata bahawa isu ini adalah penting jika ingin memilih pasangan, namun ia bergantung kepada penerimaan diri seseorang itu juga.

Advertisement

"Sejujurnya isu setaraf atau tidak ini penting tetapi tidak berlaku pada semua orang. Sebenarnya perkara ini kita perlu tanya pada diri sendiri," katanya ketika ditemui Gempak.

Ain turut berkata jika seseorang itu mempunyai kriteria yang tinggi dalam memilih pasangan, maka janganlah memilih pasangan yang tidak mampu memenuhi kriteria tersebut.

"Kalau kau rasa kau sejenis tak boleh cari yang setaraf, janganlah cari yang setaraf. Carilah orang yang lagi kaya dari kau. Kalau kau sejenis yang pentingkan kasih sayang, kau cari yang setaraf. Kalau kau tak boleh menangis dalam kereta yang kecil, kau nangis dalam kereta Ferrari," ujarnya.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement