Skip to main content

Selebriti

"Kalau Dapat Goodies Hari Jadi, Anggap Sahaja Cheat Day..." - Betty Rahmad

BETTY RAHMAD

Sekilas

  • Betty Rahmad mengakui dia tegas dalam mengawal pemakanan anak-anak tetapi faham ada limitasi terutama bila anak sudah bersekolah.
  • Dia menasihati ibu bapa supaya mendidik anak sejak kecil tentang makanan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan mereka.
  • Betty juga berpendapat ibu bapa perlu beri ruang anak menikmati zaman kanak-kanak dengan cara berpada-pada, contohnya anggap 'goodies' dari parti hari jadi sebagai 'cheat day'.

Pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengakui dirinya agak tegas dalam mengawal pemakanan anak-anak.

Bagaimanapun, dia tetap akur bahawa setiap ibu bapa mempunyai limitasi tersendiri terutama apabila anak-anak sudah memasuki alam persekolahan.

Menerusi Threads, Betty menasihati agar ibu bapa mendidik anak-anak sejak kecil tentang makanan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan mereka.

"Saya pun tegas dengan pemakanan anak-anak tetapi kena akur juga bukan semua benda kita boleh kawal terutama jika anak-anak telah masuk ke alam persekolahan.

"Didiklah dan fahamkan anak dari kecil tentang apa yang bagus dan tidak bagus dimakan. Kalau anak tidak biasa makan sesuatu makanan, mereka tidak akan makan atau minta kebenaran kita,"tulisnya.

Dalam masa sama, adik kepada pengarah terkenal Erma Fatima itu turut berpendapat ibu bapa perlu memberi ruang kepada anak-anak untuk menikmati zaman kanak-kanak mengikut kesesuaian.

"Kalau pergi parti hari jadi dan dapat 'goodies' anggap sahaja ia adalah'cheat day' untuk mereka jika mereka teringin. Bagi mereka merasa kemanisan hidup di zaman kanak-kanak tetapi pada masa yang sama berpada-pada serta ikut cara masing-masing," ujarnya.

Terdahulu, seorang pengguna Threads memohon agar ibu bapa yang menganjurkan sambutan hari jadi anak-anak tidak memberikan ‘goodies’ kepada kanak-kanak lain kerana bimbang akan risiko 'tantrum' dan 'hyperstimulated'.

Sekadar info, Betty mendirikan rumah tangga dengan Ardy Damis, 32, pada Februari 2018.

Hasil perkongsian hidup, Betty dikurniakan cahaya mata pertama, Ardy Wira pada 19 Januari 2019.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement