Skip to main content

Selebriti

"Ingatkan Kalau Semakin Bersuara Di Media Sosial, Semakin Takut Nak Pijak Saya, Rupa- Rupanya..." - Dr Fie

Fr fie nubhan lantang

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie tampil meninggalkan komen pada perkongsian pempengaruh Cik Epal yang mengulas isu isteri berdiam diri disifatkan sebagai ‘classy’.

Menerusi Threads, Dr Fie berkata dia menyangka keberaniannya bersuara di media sosial akan membuatkan bekas suaminya berasa gentar.

Bagaimanapun katanya, Nubhan dilihat menjadi lebih lantang selepas itu.

"Saya ingatkan kalau saya bersuara di media sosial dia akan takut nak pijak saya. 

"Rupa-rupanya tidak, dia lagi lantang," tulisnya.

Sebelum ini, media melaporkan Afifah atau dikenali sebagai Dr Fie telah membuat laporan polis berhubung isu barangan peribadinya dipindahkan keluar tanpa notis.

Perkara itu turut disahkan peguam syarie yang mewakili wanita terbabit, Datuk Akberdin Abdul Kadir, yang memaklumkan laporan tersebut turut membabitkan dakwaan kehilangan wang tunai serta barangan kemas.

Pada 2 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai kali kedua dengan Afifah.

Lafaz cerai pertama dibuat pada 19 Januari 2017 sebelum pasangan itu rujuk pada 21 Januari 2017, manakala lafaz cerai kedua berlaku pada 26 Ogos lalu.

Nubhan memfailkan pengesahan dua lafaz cerai dan satu lafaz rujuk yang membabitkan kejadian pada 2017 dan 26 Ogos lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8; Ahmad Aaffan, 6; serta Afzan Nayille, 3.



 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement