Skip to main content

Selebriti

Individu Cadang Buat Konsert Pembukaan Guna Payung Terjun; Siti Nurhaliza - "Kalau 20 Tahun Lalu Saya Buat"

Tokti payung

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza  mencuri perhatian ramai selepas memberi respon kepada  seorang netizen mengenai cadangan untuk konsert seterusnya.

Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut menyarankan agar penyanyi lagu Cindai itu membuat persembahan pembukaan konsert dengan menggunakan payung terjun melalui sebuah helikopter.

Siti bagaimanapun terpaksa menolak cadangan tersebut memandangkan dia kini mempunyai anak-anak yang masih kecil.

Menurutnya, dia mungkin akan mempertimbangkan cadangan tersebut sekiranya ia dikemukakan ketika usianya masih muda

"Saya ada anak kecil, encik. Kalau 20 tahun saya buat," tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan kerenah Siti yang dilihat semakin aktif di media sosial.

"Seronok pula tengok Tokti berbalas mesej.

"Haha Afwa tutup wifi ibu cepat.

"Wah Tokti banyak masa betul ya selepas habis konsert," komen netizen.

Terdahulu, Siti telah menganjurkan konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza  yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 Januari lalu.

Selain Siti, konsert ini juga telah menyaksikan kedatangan penyanyi jemputan seperti Noh Hujan, Umairah, Hafiz Suip dan Cakra Khan.


Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement