Skip to main content

Selebriti

"Hentikan Perangai Suka Jodohkan Orang, Muak!" – Luahan Undang Spekulasi, Netizen Syak Zara Zya Tak Suka Kena Kenen Dengan Sir Ladang

Zara Zya

Pelakon, Zara Zya mencuri perhatian ramai selepas meluahkan rasa tidak kurang senang terhadap individu yang suka menjodohkan orang lain.

Menerusi perkongsian di Threads, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata dia berasa muak dengan sikap segelintir pihak yang gemar memadankan orang sesuka hati.

Advertisement

"Hentikan perangai suka menjodohkan orang, muak," tulisnya ringkas.

Bagaimanapun, Zara tidak menjelaskan mengenai individu yang dimaksudkannya.

Namun, ramai netizen berpendapat kenyataan itu mungkin ditujukan kepada pensyarah dan pencipta kandungan, Sir Ladang yang sebelum ini tular di TikTok selepas memuat naik video suntingan bersama Zara.

Antara komennya ialah:

"Netizen TikTok patut berhenti jodohkan Zara Zya dengan Sir Ladang.

"Itu la macam semak baca video TikTok Zara asyikkomen tentang Sir Ladang je.

"Ni dengan Sir Ladang tu ke.

"Sokong Zara, tetapi netizen ni tak habis-habis jodohkan orang," komen netizen.

Terdahulu, Sir Ladang sering mencuri perhatian kerana kerap memuat naik video suntingan bersama Zara hingga ramai netizen cuba ‘menjodohkan’ mereka di ruangan komen.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement