Skip to main content

Selebriti

Hariz Hamdan Teringin Rasa Suasana Raya Di Kampung & 'Vibes' Hadap Jem Pulang Beraya - "Mak Selalu Pesan Cari Jodoh Orang Jauh..."

Bakar isteri

Sekilas

  • Pelakon Hariz Hamdan teringin merasai pengalaman pulang beraya ke negeri yang lebih jauh seperti Perak, Terengganu atau Johor.
  • Dia mahu alami sendiri suasana perjalanan balik kampung termasuk kesesakan jalan raya yang sering dikongsikan di media sosial.
  • Hariz anggap momen berkumpul bersama keluarga pada Hari Raya sangat bermakna kerana jadual kerjanya yang padat sejak muda.

Pelakon Hariz Hamdan berkongsi bahawa dia teringin merasai pengalaman pulang beraya ke negeri yang lebih jauh seperti orang lain.

Katanya, dia mahu merasai sendiri suasana perjalanan pulang ke kampung termasuk pengalaman tersangkut dalam kesesakan jalan raya yang sering dikongsikan orang ramai di media sosial.

"Saya biasanya beraya di Klang dan Shah Alam sahaja. Saya memang tak ada pengalaman beraya jauh di Perak, Terengganu atau Johor. Asalkan dapat jumpa keluarga sekejap dan kemudian pulang, itu sudah memadai.

"Sebenarnya saya teringin juga nak rasa suasana beraya di kampung. Bila tengok di media sosial orang sangkut jem balik kampung, walaupun nampak penat dan tak selesa tetapi saya teringin juga nak rasa ‘vibes’ itu," katanya kepada Gempak.

Tambah Hariz, ibunya juga sering berpesan supaya dia mencari pasangan dari negeri yang lebih jauh supaya dapat merasai pengalaman pulang beraya di kampung halaman pasangan suatu hari nanti.

"Mak pula selalu pesan, kalau cari jodoh biarlah yang jauh sedikit. Tetapi setakat ini saya belum jumpa lagi. Saya okay sahaja, cuma janganlah terlalu jauh sampai luar negara seperti Terengganu atau Johor," ujarnya.

Dalam pada itu, Hariz turut berkongsi bahawa momen paling bermakna buat dirinya setiap kali menjelang Hari Raya ialah peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga, memandangkan dia sudah sibuk bekerja sejak usia muda.

"Bila tiba hari raya dan dapat kumpulkan semua orang, itu memang momen yang sangat bermakna. Saya sudah bekerja sejak umur 19 tahun, jadi agak sukar untuk kumpulkan seluruh keluarga memandangkan jadual kerja saya agak padat. Sebab itu bila ada masa bersama keluarga, ia sangat penting untuk saya," jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement