Skip to main content

Selebriti

Hari Pertama di ERA, Bella Astillah Dapat Panggilan Mengejut Dari...

First Day Bella Astillah kat ERA

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah serta Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi mencuri perhatian netizen pada hari pertama Bella memulakan tugasnya sebagai penyampai radio ERA semalam.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Bella menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Danial. Namun, rupanya suara itu milik Syed Saddiq sendiri.

Advertisement

Menariknya, Bella seakan dapat mengecam suara sebenar di sebalik panggilan tersebut.

"Wanita cantik dan suara merdu," puji lelaki berkenaan

"ini bukan danial. Ingat i tak kenal suara you ke," balas Bella

Dalam pada itu, Syed Saddiq sempat menitipkan pesanan agar warga kerja ERA menjaga Bella sebaiknya.

Saddiq turut berseloroh mahu menyampaikan ucapan secara bersemuka, bukan sekadar melalui teks.

"Tolong jaga Bella untuk saya. Ucapan kena buat depan-depan bukan dalam teks," tambahnya.

Terdahulu, ERA memuat naik perkongsian surat tawaran khas ditujukan buat Bella menerusi perkongsian rasmi di Instagram ERA bagi pelantikan Bella sebagai penyampai Radio Bersama geng 3 Pagi ERA.

Must-Watch Video

Advertisement