Penyanyi dan Pelakon, Elly Mazlein menzahirkan rasa syukur dan gembira atas sokongan penuh orang ramai berhubung penampilan baharunya yang telah berhijab.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, dia amat terbuka untuk menerima sebarang pendapat dan nasihat, namun dia nekad ingin mengekalkan gaya tudungnya yang terkini selepas timbul dakwaan segelintir netizen yang mempertikaikan gaya tudungnya.
Advertisement
"Assalamualaikum Malaysia. Ramai bagi sokongan pada saya. Terima kasih dan saya amat hargai.
"Tapi ada juga yang minta saya tukar gaya tudung. Saya terima semua pendapat dan sangat hargainya. Tapi saya muktamad akan pakai tudung cara yang saya pakai sekarang ni. Selesa sangat," tulisnya.
Terdahulu, Elly membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas tampil dengan imej baharu yang lebih sopan dan manis ketika menghadiri Talk To My Manager.
Elly berkata keptusan itu dibuat selepas merasai satu titik perubahan dalam dirinya susulan mengikuti perkembangan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza baru-baru ini.