Beberapa kakitangan Kastil Chester yang wujud sejak zaman pertengahan di Britain mendapati mereka mempunyai pengunjung misteri yang tidak dapat dijelaskan, lapor portal berita MailOnline pada Jumaat.
Sebuah organisasi yang memulihara tapak bersejarah, English Heritage berkongsi imej penampakan hantu di lokasi itu.
Imej memaparkan kelibat pucat seorang individu berpakaian gelap dan memakai penutup kepala.
Ia dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) di hadapan pintu utama baru-baru ini.
Advertisement
Kakitangan English Heritage dikejutkan pada tengah malam apabila kamera pengesan pergerakan mengesan pergerakan luar biasa tersebut.
“Kisah menyeramkan tentang ‘roh’ yang kembali telah diceritakan sejak awal sejarah bertulis dan menjadi satu cara untuk kita memahami hubungan kita dengan orang yang telah meninggal dunia serta masa lalu,” kata Kurator English Heritage, Dr. Michael Carter.
Sumber: Kosmo