Pengacara siri paranormal iaitu Roslan Shah atau lebih dikenali sebagai Cik Lan sekali lagi mendapat perhatian netizen dan kali ini kerenahnya yang mencuit hati bersama dengan penyanyi, Aliff Aziz.
Menerusi perkongsian video tular di TikTok merakamkan Cik Lan membuat pertanyaan kepada Aliff sama ada dia pernah mendukung seseorang atau tidak.
"Aliff pernah dukung orang. Dukung orang macam baya-baya Cik Lan," soalnya.
Bagaimanapun, Aliff menjawab dia tidak pernah mendukung sesiapa pun.
Namun lain pula jadinya apabila Cik Lan dengan tiba-tiba bertindak melompat ke belakang Aliff kerana terkejut mendengar salakan anjing lalu penyanyi itu secara spontan mendukung selebriti serba boleh itu.
Gelagat kedua-dua selebriti itu ternyata membuatkan netizen terhibur sehingga ada yang memberikan komen berbentuk gurauan kepada mereka berdua.
Antaranya netizen berkata Cik Lan memberi layanan yang berbeza terhadap tetamu jemputan yang hadir terutamanya jika mereka memmpunyai rupa dan personaliti yang menarik.
Antara komen yang diterima adalah:
"Kemain menggeletis, kalau dengan abang Azlee kemain marah-marah.
"Amik kesempatan betul eh Cik Lan.
"Amboi, kalau dengan Fattah tahu pula batas.
"Yang elok-elok dia nak rapat, yang Azlee hari itu tak mau dekat-dekat. Disuruhnya jauh-jauh.
"Perkataan teringin dan ekspresi muka Cik Lan macam betul-betuk nak tu,"
Sebelum ini, gelagat Roslan bersama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida ketika melakukan aktiviti paranormal di Singapura menjadi perhatian ramai.
Lebih mencuit hati, Roslan memaparkan sisi yang berbeza ketika bersama dengan Vida sehingga ada yang mendakwa kedua-duanya sesuai menjadi pasangan kekasih.
Selain Vida, gelagat Roslan bersama beberapa selebriti lain ketika mencari paranormal juga turut tular antaranya bersama Nabil Ahmad, Azad, Azlee dan Sajat.
Selebriti
Hajat Cik Lan Mahu Dukung Aliff Aziz Tercapai, Netizen Komen - "Kemain Menggeletis.."
