Konsert Gegar Vaganza 12 (GV12), melabuhkan tirai apabila Freshies diumumkan tersingkir pada minggu kesepuluh.
Menyanyikan lagu Teman Tapi Mesra nyanyian Ratu, Freshies memperoleh markah sebanyak 56.75 peratus daripada juri tetap.
Turut berada di kedudukan tiga terbawah bersama Freshies adalah Ruri Repvblik dan Shae.
Sementara itu, Mendua pula berjaya menduduki tangga pertama selepas menyampaikan lagu Terlalu Istimewa asal Adibah Noor.
Berikut merupakan recap komen dan markah penuh Gegar Vaganza minggu kesepuluh:
Mendua - Terlalu Istimewa (70.50%)
Hetty Koes Endang: Persembahan yang superb. Kamu sukses dan lanjut.
Nubhan - Masih Aku Terasa (70.00%)
Datuk Ramli M.S: Walaupun ada banyak masalah kat luar, Nubhan tetap sampaikan persembahan nyanyian dengan baik dan semakin mantap.
Mark Adam - Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (67.75%)
Datuk Syafinaz Selamat: Suara sesuai dengan lagu ini. Awal-awal strong tetapi kemudiannya menurun. Saya suka bahagian terakhir, emosi itu sampai. Ada sebutan pelik sedikit tetapi tidak mengapa.
Iskandar Ismail - Destinasi Cinta (67.50%)
Datuk Ramli M.S: Semua okay, lagu ini key perempuan. Jadi, apabila lelaki yang menyanyi dia akan kendengaran lain sedikit.
Datuk Syafinaz Selamat: Persembahan pentas cantik namun perlu perbaiki raut wajah dan tahu hubungan lagu dengan instrumen muzik. Jangan hilang fokus.
Mell Sakura - Cinta Dan Benci (66.75%)
Hetty Koes Endang: Bila kamu menyanyi, ia meresap ke dalam diri saya. Masuk dalam hati. Kamu menyanyi mengalir dan tak fikir panjang.
Ruri Repvblik - Isabella (65.00%)
Hetty Koes Endang: Setiap note tepat. Kamu ada peningkatan setiap minggu.
Shae - Ku Bahagia (63.25%)
Datuk Shafinaz Selamat: Bulatkan suara jangan terlalu sumping bibir. kamu perlu guna head voice.
Freshies - Teman Tapi Mesra (56.75%)
Datuk Shafinaz Selamat: Saya sangat tergganggu dengan harmoni dan vokal tetapi persembahan di atas pentas sangat menyeronokkan dari segi ekspresi muka dan tenaga.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad.
Gegar Vaganza V12 bersiaran secara langsung di MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, dan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 104).
GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.