Skip to main content

Selebriti

Filem Tempatan Makin Berani! 'Make Up Effect & CGI' Mikael Pemburu Dua Alam Dipuji Netizen - "Gunakan Duit Raya Korang Untuk..."

WhatsApp Image 2026 03 31 at 3.37.52 PM

Sekilas

  • Filem tempatan Mikael: Pemburu Dua Alam berjaya membawa elemen supernatural horror dengan baik dan mendapat pujian dari penonton di Threads.
  • Aspek teknikal seperti kesan solekan dan CGI dalam filem ini turut dipuji kerana kualitinya yang tinggi.
  • Filem arahan Zahir Omar ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 April, menampilkan pelakon seperti Remy Ishak dan Norreen Iman.

Seorang individu di Threads meluahkan rasa gembira melihat filem tempatan kini semakin berani mencuba genre baharu.

Menurutnya, filem Mikael: Pemburu Dua Alam berjaya membawa elemen supernatural horror dengan baik.

"Gembira bila filem lokal dah berani terokai genre seperti ini. Mikael: Pemburu Dua Alam sebagai natural Supernatural Horror. Aku rasa filem ini disampaikan dengan sangat baik," tulisnya.

Bukan itu sahaja, dia turut memuji aspek teknikal filem tersebut, terutama kesan solekan dan penggunaan kesan khas janaan komputer (CGI).

"Satu benda yang aku kagum ialah make up effect! Kali ini, tiada tapis. Penuh dengan aksi, lawak ringan dan CGI dia pun agak bagus. 

"Tahniah kepada keseluruhan peroduksi. Filem ini mula tayang pada 2 April. Jadi, gunalah duit raya korang itu untuk tengok filem ini," ujarnya lagi

Filem arahan Zahir Omar ini mengisahkan seorang pegawai polis yang menyiasat kes pembunuhan kejam sebelum menyedari ia ada kaitan dengan makhluk dari alam jin.

Siasatan tersebut akhirnya membawa kepada pertembungan dengan Raja Jin demi menjaga keseimbangan antara dua dunia.

Mikael: Pemburu Dua Alam akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 April.

Filem ini turut dibintangi Remy Ishak, Norreen Iman, Fabian Loo, Alicia Amin dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement