Skip to main content

Selebriti

Fattah Amin & Amira Othman Mahu Hapus Buli Siber, Seru Orang Ramai Gunakan Internet Dengan Selamat - "Pertemuan Ini Amat Bermakna Buat Kami"

Fattah Amin

Sekilas

  • Fattah Amin dan isteri, Amira Othman, mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, untuk menyokong Kempen Internet Selamat.
  • Mereka komited untuk bersama industri hiburan dan pempengaruh media sosial meningkatkan kesedaran tentang etika dan keselamatan di ruang digital.
  • Fattah mengambil inisiatif ini selepas mengalami buli siber, menyeru semua supaya menggunakan internet dengan selamat dan menghapuskan buli siber.

Pelakon, Fattah Amin dan isterinya, Amira Othman menarik perhatian ramai selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fattah berkata kunjungan tersebut bertujuan bagi menyokong usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan etika di media sosial.

"Alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Menteri Komunikasi bersama YB Datuk Fahmi Fadzil bagi menyatakan sokongan terhadap usaha memperkasakan Kempen Internet Selamat yang dilaksanakan oleh YB Menteri Komunikasi sendiri.

"Pertemuan ini amat bermakna buat saya dan isteri. Ia bukan sekadar mewakili kami berdua, tetapi juga sebagai tanda komitmen untuk bersama-sama dengan industri hiburan tanah air, anak-anak seni tempatan serta rakan-rakan pempengaruh di media sosial dalam meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan keselamatan dan etika di ruang digital,"tulisnya.

Dalam masa sama, Fattah mengakui dirinya terpanggil untuk memikul tanggungjawab tersebut kerana pernah berdepan dengan isu buli siber.

"Sebagai individu yang juga berdepan realiti dunia media sosial hari ini, saya percaya sudah tiba masanya kita semua memainkan peranan untuk menjadikan internet sebagai ruang yang lebih selamat, beradab dan penuh empati.

"Saya dengan rendah hati mengambil inisiatif ini untuk bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi, dan insyaAllah akan berusaha menggalas tanggungjawab ini sebaik mungkin demi kebaikan masyarakat serta generasi akan datang.

"Mari kita sama-sama mengingatkan diri kita, Internet harus digunakan dengan selamat. Hapus Cyber Bully," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must-Watch Video

Advertisement