Pelawak, Zizan Razak dan pelakon, Jaa Suzuran mencuri perhatian netizen selepas memuat naik beberapa hantaran yang merakamkan foto mereka bersama seorang wanita berhijab.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mencetuskan tanda tanya netizen mengenai siapakah gerangan wanita tersebut.
Malah ada juga netizen yang menyangka kedua-dua mereka sudah mempunyai pasangan masing-masing.
Namun, selepas meneliti kembali, netizen merasa geli hati selepas mengetahui foto tersebut rupanya adalah hasil daripada kecerdasan buatan (AI).
Malah netizen juga turut terhibur dengan komen yang dibalas oleh Zizan mengenai "wanita' itu.
"Dia juga pandai memandu dan tak masuk dapur," tulis Zizan.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan bahawa mereka juga hampir tertipu dengan foto-foto tersebut.
