Pelakon dan usahawan, Nur Fazura meluahkan rasa hairan apabila ada sesetengah individu yang tidak dapat menerima respon dirinya ketika mereka sibuk melontarkan kecaman dan kritikan pada dirinya dan keluarga.
Menurut Fazura, apabila dia membalas sedikit, mereka pula terasa dan menggelarnya bukan seorang wanita “classy”, sedangkan dia tidak pernah melabel dirinya sedemikian.
"Kita diam mereka suka tetapi bila saya usik sikit mereka marah saya balik. Padahal mereka buat saya lagi teruk siap mengata arwah ayah, Fatima barua dan sebagainya. Saya gurau mereka koyak dan kata saya tak klasik. Saya tak pernah cakap saya 'classy'," ujarnya ketika siaran langsung di Live Instagram.
Dalam pada itu, aktres filem Pisau Cukur itu mendedahkan bahawa dia telah lama menerima pelbagai kecaman dan dibuli selama dua tahun, namun memilih untuk berdiam diri.
Dia menjelaskan bahawa dirinya lebih selesa menyerahkan segalanya kepada Tuhan, walaupun ada masanya dia mengakui sukar menahan rasa sakit daripada semua kecaman.
"Korang suka pijak saya memang saya dah lama tak layan dah dua tahun. Dua tahun saya dibuli dan diam berserah pada Allah.
"Kita semua mahluk ciptaan tuhan, jadi saya tak nak fikir apa orang cakap. Cuma kadang ada masa saya tak tahan juga sebab saya pun manusia biasa," tambahnya lagi.