Sekilas
- Suami Fasha Sandha, Aidil Aziz, memilih untuk tidak mengulas mengenai penampilan isteri yang tidak berhijab dalam drama yang tular di media sosial.
- Aidil menganggap isu tersebut terlalu peribadi dan lebih baik fokus kepada drama Sujud Terakhir.
- Aidil juga berkongsi bahawa setiap watak yang dibawa Fasha akan dibincangkan bersama sebelum diterima, dan dia yakin drama tersebut membawa rezeki kepada isterinya.
Suami kepada pelakon Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz memilih untuk mengunci mulut berhubung penampilan isterinya yang tidak berhijab tular menerusi sebuah drama di media sosial.
Pemilik nama penuh Mohd Aidil Mohd Aziz berkata bahawa dia enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana ia merupakan hal yang sensitif buat mereka berdua.
“Saya tiada sebarang komen sebab kami tidak mahu cakap apa-apa, saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan komen kerana ini terlalu peribadi buat kami dan lebih baik jika fokus kepada Drama Sujud Terakhir ini,"katanya kepada Gempak.
Aidil berkata demikian ketika menghadiri majlis pelancaran program Ramadan Astro 2026 pada Selasa.
Dalam masa sama, Aidil turut berkongsi bahawa setiap karya yang dipilih Fasha pastinya akan tular malah setiap watak yang dibawa oleh isterinya pasti akan mereka bincangkan terlebih dahulu.
“Saya tahu drama itu juga tular dan mungkin rezeki isteri saya. Fasha juga yakin setiap karya yang dipilihnya pasti akan tular. Setiap watak dibawa oleh isteri, kami akan berbincang terlebih dahulu,"ujarnya.