Skip to main content

Selebriti

Didakwa Curang Lagi, Pempengaruh Popular Terpalit Skandal Dengan Kekasih Kawan - "Cukuplah Rumah Tangga Kau Dah Hancur..."

Jule curang lagi

Sekilas

  • Jule, pempengaruh Indonesia, didakwa curang dengan kekasih sahabat baiknya, Yuka, yang menyimpan nombor Jule sebagai "Zaki" untuk sembunyikan hubungan mereka.
  • Perkara ini didedahkan oleh Aya Balqis di TikTok, yang turut meluahkan rasa kecewa terhadap Jule kerana mengkhianati persahabatan mereka.
  • Sebelum ini, Jule juga pernah menjadi kontroversi kerana curang ketika masih bergelar isteri, dan kini belum ada kenyataan rasmi mengenai perceraian dengan suaminya, Na Daehoon.

Pempengaruh Indonesia, Jule, sekali lagi menjadi perhatian warganet selepas didakwa berlaku curang dengan kekasih sahabat baik sendiri.

Menerusi perkongsian personaliti media sosial, Aya Balqis di TikTok miliknya, Aya mendakwa Jule mempunyai hubungan sulit bersama kekasihnya, Yuka.

Lebih mengejutkan, Yuka didakwa menyimpan nombor Jule sebagai “Zaki” bagi mengelakkan hubungan mereka diketahui.

"Aku ingat kau kawan. Cukuplah rumah tangga kau hancur tetapi kenapa dengan aku pun kau buat benda yang sama.

"Allahuakbar, tiada orang lain ke. Kenapa kawan sendiri Ya Allah," katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan khabar tersebut kerana tidak menyangka Jule sekali lagi berbuat demikian sambil memberi kata-kata semangat buat Aya.

Sebelum ini, Jule menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas didakwa berlaku curang meskipun masih berstatus isteri orang.

Jule yang pernah mengaku curang dengan seorang petinju, Sjafrie Ramadhan, telah diceraikan suaminya, Na Daehoon.

Bagaimanapun, baik Jule mahupun Na Daehoon masih belum memberi kenyataan rasmi mengenai berita perceraian mereka.

Sekadar rekod, Jule dan Daehoon mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 2021 selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan serius.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement