Skip to main content

Selebriti

Diana Danielle Beri Had Pengunaan Gajet, Tak Mahu Anak-Anak Jadi Mangsa Media Sosial - "Farid Pun Sangat..."

Diana gajet

Pelakon, Diana Danielle mendedahkan bahawa dia sangat mementingkan had pengunaan gajet pada anak-anaknya.

Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson berkata dia akan memastikan anak-anaknya meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan bagi mengelakkan mereka terlalu terdedah dengan media sosial. 

Advertisement

"Perkara yang saya lakukan untuk mengurangkan anak saya dari bermain media sosial ialah saya banyak menyibukkan diri mereka dengan perkara yang lebih berfaedah seperti ayahnya yang sering mengajak mereka untuk bermain bola sepak.

"Bila mereka sibuk dengan aktiviti sihat itu, mereka akan tidur kepenatan sehingga tiada masa untuk bermain gajet. Kadang-kadang hujung minggu pula mereka ada perlawanan bola sepak. Mereka memang sibuk," katanya ketika ditemui Gempak.

Diana berkata demikian ketika menghadiri sidang media drama bersiri Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup di TGV One Utama Mall pada Khamis.

Pelakon yang terkenal menerusi Magika itu turut berkongsi bahawa sejak kariernya sebagai anak seni telah semakin perlahan, dia akui mempunyai banyak masa untuk memantau aktiviti anak-anak sepenuhnya.

"Memang setiap masa saya pantau anak-anak saya memandangkan saya telah kurang buat pengembaraan. Saya tidak kata saya sempurna dan saya akui banyak lagi kekurangan yang saya harus perbaiki untuk menjadi seorang ibu," jelasnya.

Dalam masa sama, Diana berkata dia akan menyerahkan jagaan anaknya pada bekas suami, Farid Kamil jika dia terlalu sibuk dengan jadual kerjanya.

"Kadang-kadang kalau saya terlalu sibuk, saya akan minta mereka untuk tinggal bersama ayahnya sambil meluangkan masa bersama. Jadi, mereka ada pilihan sebenarnya.

"Farid pun sangat menentang anak-anak untuk bermain permainan 'Roblox' itu dari dulu. Jadi, saya rasa peranan ibu bapa itu memainkan peranan supaya tiada yang terlepas pandang," ujarnya.

Selain itu, Diana beranggapan bahawa pemantauan gajet  adalah umpama rutin harian anak-beranak itu bagi memastikan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan.

"Saya memang sentiasa memantau penggunaan media sosial anak-anak saya sebab telefon itu adalah akses untuk segala-galanya.

"Saya akan pastikan tiada orang luar yang cuba untuk menggangu dan buat perkara yang tidak baik pada anak-anak. Saya risau sebab mereka masih lurus dan tidak tau apa-apa. 

"Jadi selalunya dalam beberapa hari, saya akan telefon mereka untuk periksa. Ini seperti rutian harian buat mereka. Kadang-kadang mereka sendiri yang menyerah diri.

Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Farid dan Diana berdepan masalah rumah tangga dan mereka bercerai kali pertama secara Google Meet pada 10 Ogos 2023.

Pasangan itu kemudian kembali rujuk namun sekali lagi rumah tangga bergolak dan disah bercerai talak satu buat kali kedua pada 23 Mac lalu.

Must-Watch Video

Advertisement